• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Promosi Negeri Pahang Di 83 Restoran Seluruh Dunia

oleh Ahmad Albab
11/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang akan menggiatkan promosi Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP 2017) menerusi jalinan kerjasama dengan syarikat Global Ikhwan Sdn. Bhd., yang mempunyai 83 rangkaian restoran di seluruh dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata Global Ikhwan antara lain mempunyai rangkaian restoran dan kafe di Jerman, Australia, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Thailand dan United Kingdom.

Pemilihan syarikat itu juga mengambil kira reputasi cemerlang dalam membawa nama Malaysia dan memperkenalkan keunikan tradisi negara ini khususnya dari segi makanan kepada pelanggan, katanya.

“Global Ikhwan akan menyediakan ruang di setiap restoran mereka untuk kita meletakkan logo, bahan bacaan, poster dan risalah berkaitan TMP 2017 dan destinasi menarik di Pahang.

“Kerjasama ini berdasarkan prinsip persefahaman bersama tanpa mengenakan bayaran kepada kerajaan negeri. Ini selaras dengan matlamat mendapatkan sebanyak mungkin promosi pada perbelanjaan minimum,” katanya kepada Bernama.

Mohd Sharkar berkata pihaknya turut memohon supaya restoran itu dapat mengetengahkan masakan tradisional Pahang seperti sambal hitam dan masak tempoyak kepada pelanggan sebagai tarikan ke negeri ini.

Beliau berkata sebagai timbal balas kepada kerjasama itu, kerajaan negeri akan membantu mempromosikan restoran milik Global Ikhwan kepada pelancong dan penduduk negeri ini yang akan berkunjung ke luar negara.

“Ini adalah situasi menang-menang. Bayangkan jika kita melantik sebuah syarikat pengiklanan untuk melakukannya, sudah pasti bayaran yang agak besar akan dikenakan untuk perkhidmatan mereka.

“Usaha Global Ikhwan amat dihargai dan sentimen untuk membantu promosi TMP 2017 mungkin disebabkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan, Lokman Hakim merupakan anak kelahiran Pahang,” katanya.

Mohd Sharkar juga berkata pihaknya akan agresif mempromosikan TMP mulai September ini, termasuk memastikan laman sosial berkaitan dikemas kini supaya pelancong yang membaca risalah TMP 2017 mandapat maklumat tambahan di laman sesawang.

Selain itu, katanya, pihaknya juga akan menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) kepada jabatan dan agensi berkaitan pelancongan bagi mendorong mereka berusaha lebih gigih dalam mempromosikan TMP 2017. – BERNAMA

Tags: PahangPelancongan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd