• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Premis YaPIEM Gold Dibuka Di Jakel Mall Tawar Happy Hours

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) bakal mengadakan kerjasama dengan Jakel untuk membuka premis jualan emas di cawangan butik tekstil terkenal itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif INPUT YaPIEM, Datuk Abibullah Samsudin, YaPIEM mahu membuka rangkaian emasnya bagi membantu rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu supaya dapat menceburi bidang perniagaan.

“Bagi memajukan ekonomi negara dan rakyat Malaysia, YaPIEM mahu membudayakan pemilikan emas dalam kalangan masyarakat Malaysia dan akan membantu mereka agar menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

“Walaupun sudah ramai ceburi bidang ini, namun tidak ramai tahu strategi dan konsep berlandaskan syariah, maka YaPIEM mahu buka peluang kepada bumiputera agar jadi sebahagian daripada perniagaan ini,” kata Abibullah.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran Jakel yang turut disertai Pengarah Urusan Jakel, Datuk Faroz Mohamed Jakel di gedung Jakell Mall di sini hari ini.

Premis YaPIEM Gold Dibuka Di Jakel Mall Tawar Happy Hours
Mohamed Faroz Mohamed Jakel, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel.

YaPIEM ujar Abibullah juga berhasrat untuk membuka cawangan penjualan emasnya di rangkaian premis Jakel sebagai tanda kerjasama yang sudah dipersetujui dengan pihak pengurusan butik terkenal berkenaan.

Mengulas lanjut katanya, Input YaPEIM iaitu sebuah agensi milik penuh YaPEIM mengorak langkah dengan memperkenalkan Yapeim Gold iaitu produk berasaskan emas yang merupakan perniagaan inisiatif berimpak besar.

Produk eksklusif tersebut dilancarkan pada 27 Ogos tahun lalu sempena Majlis Perasmian Program Kuala Lumpur Gold 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Majlis sambutan Aidilfitri Jaket turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan nasyid terkemuka, Rabbani sebagai ikon pertama yang menjadi wajah YaPIEM Gold.

Premis YaPIEM Gold Dibuka Di Jakel Mall Tawar Happy Hours

Premis YaPIEM Gold Dibuka Di Jakel Mall Tawar Happy Hours

Premis YaPIEM Gold Dibuka Di Jakel Mall Tawar Happy Hours

Premis YaPIEM Gold Dibuka Di Jakel Mall Tawar Happy Hours

Kumpulan tersebut dipilih kerana prestasi yang cemerlang dan dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa.

YaPIEM Gold juga akan melancarkan Happy Hours di Jakel Mall pada setiap hari Jumaat bermula jam 12 tengah hari sehingga 2 petang bagi wanita yang mahu membeli emas.

Dalam tempoh happy hours tersebut, para wanita akan diberikan potongan harga bagi setiap pembelian dan akan menerima ganjaran sebagai tanda penghargaan kepada wanita yang sememangnya sinonim dengan barang kemas.  – MYNEWSHUB.CC

Tags: jakelRabbaniyapeim gold
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ribuan Ular Berbisa ‘Askar’ Korea Selatan Serang Utara

Next Post

Mahkamah Tinggi Tolak Saman Jamil Khir Terhadap NOW

Related Posts

Jakel Bangun Pusat Data Bernilai RM1.2 Bilion Di Cyberjaya

Jakel Bangun Pusat Data Bernilai RM1.2 Bilion Di Cyberjaya

02/06/2024
1

KUALA LUMPUR : Kumpulan Jakel bakal membangunkan pusat data 51MW di Cyberjaya bernilai RM1.2 bilion menerusi kerjasamanya dengan PiDC Holding...

Dibakar Atau bara Bawah Kain, Fokus Siasatan Kebakaran Kedua Wisma Jakel – Bomba Selangor

Dibakar Atau bara Bawah Kain, Fokus Siasatan Kebakaran Kedua Wisma Jakel – Bomba Selangor

03/01/2023
0

SHAH ALAM : Unsur perbuatan bakar dan sisa bara api di bawah timbunan kain, menjadi fokus siasatan Jabatan Bomba dan...

Next Post

Mahkamah Tinggi Tolak Saman Jamil Khir Terhadap NOW

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd