• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

P/Raya Tegempar: Pintu Perbincangan Masih Terbuka

oleh Ahmad Albab
20/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat bagi mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang, Presidennya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan biro politik PKR di ibu pejabat parti itu di sini hari ini, Wan Azizah berkata parti itu bagaimanapun tidak menutup pintu perbincangan.

“Kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar.

“Namun, pimpinan Keadilan bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini,” katanya.

DAP sebelum ini mengakui pilihan raya mengejut di negeri itu adalah satu daripada pilihan kepimpinan kerajaan negeri berkenaan selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng diheret ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

Hari ini, media melaporkan Lim bersama rombongan pemimpin DAP akan hadir pada mesyuarat itu bagi memberi taklimat mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya mengejut, namun mesyuarat tersebut berlangsung tanpa kehadiran Lim.

Lim, 56, baru-baru ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak menolak kemungkinan mesyuarat mengenai pilihan raya tergempar itu diadakan dalam masa terdekat.

“Kami telah bincang dalam mesyuarat tadi. Memang ada cadangan untuk pilihan raya tersebut, tetapi kami perlukan penjelasan daripada kerajaan negeri,” katanya yang juga Menteri Besar Selangor dan Anggota Parlimen Gombak. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd