• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sarawak Selesai Kes Pembunuhan Bill Kayong

oleh Ahmad Albab
09/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong apabila senapang patah yang dipercayai digunakan untuk menembak mangsa ditemui di rumah salah seorang suspek di Jalan Hai Nam Lama di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata suspek yang telah ditahan reman sebelum ini telah membawa pasukan penyiasat ke rumahnya pada pukul 5 petang dan menunjukkan tempat senjata itu disembunyikan.

Selain senapang patah, katanya, polis turut merampas beberapa kelongsong peluru termasuk yang telah digunakan untuk menembak mangsa.

“Susulan tangkapan suspek-suspek dan rampasan senapang patah, kita yakin kes pembunuhan Bill Kayong berjaya diselesaikan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata pasukan penyiasat khas kini masih lagi mengesan beberapa suspek yang masih bebas.

Pada 1 Julai lepas, enam suspek; lima lelaki dan seorang perempuan berusia 22 dan 41 tahun ditahan reman selama tujuh hari setelah mangsa ditembak mati individu tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat Lutong pada 8.30 pagi, 21 Jun lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitter mengucapkan tahniah kepada Polis Sarawak menyelesaikan pembunuhan Kayong.

“Bill Kayong’s case solved. Shooter arrested and murder weapon recovered (Kes Bill Kayong selesai. Penembak ditahan dan senjata yang digunakan untuk membunuh ditemukan),” katanya. – BERNAMA

Tags: Bill KayongMiriPDRMpembunuhanPKRsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd