• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perak Cadang Pasang AES Dekat Terowong Menora

oleh Ahmad Albab
15/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Perak mencadangkan supaya Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan bonggol dipasang di kawasan Kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Perak Supt Wan Jamil Wan Chik berkata ia merupakan antara cara untuk mendidik orang ramai khususnya pemandu bas agar memandu mengikut had laju ditetapkan.

“Kawasan berkenaan jika dipandu laju memang boleh menyebabkan kemalangan. Dengan adanya AES diharap orang ramai akan memandu mengikut had laju yang dibenarkan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Wan Jamil berkata sebanyak 1,783 kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh Perak sepanjang Op Selamat 9/2016 yang dilaksanakan sejak 29 Jun hingga 31 Julai lepas.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 36 adalah kemalangan maut yang mengakibatkan 37 kematian.

Katanya sepanjang tempoh operasi, sebanyak 15,457 saman dikeluarkan dengan 13,301 membabitkan kesalahan memandu laju; memotong barisan (1,234) dan melanggar lampu isyarat merah 737.

“Manakala, sebanyak 135 saman dikeluarkan kerana menggunakan telefon ketika memandu dan 50 saman kerana memotong di garisan berkembar,” katanya.

Wan Jamil berkata sepanjang Op Selamat dijalankan, seramai 61 pegawai dan 457 anggota polis Perak terlibat di samping 12 pegawai dan 24 anggota trafik dari Bukit Aman.

Tambah Wan Jamil, bagi tempoh 1 Januari hingga semalam, sebanyak 213,854 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas di seluruh negeri Perak.

“Polis Perak akan mempertingkatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa secara bersepadu bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda pengguna jalan raya,” katanya. – BERNAMA

Tags: AES
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tegas Menentang Kekejaman Pengganas – Najib

Next Post

Pemansuhan Lesen PSV Di Peringkat Perbincangan

Related Posts

Najib Dakwa Khalid Berbohong Tentang AES

07/02/2019
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berbohong mengenai...

AES: “Sejak Dalam Kerajaan, Awak Sudah Berubah”

04/02/2019
0

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar yang didakwa cuba mengelak...

Next Post

Pemansuhan Lesen PSV Di Peringkat Perbincangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd