• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pandang Serius Laporan Penyamaran Sebagai Sultan Johor

oleh Ahmad Albab
27/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Polis memandang serius satu laporan yang dibuat orang awam berhubung penyamaran pihak tertentu sebagai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, di sini malam semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata penyamaran itu didapati telah membolehkan pihak berkenaan mengeluarkan kenyataan mengelirukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sebuah blog iaitu suarakamibaru.blogspot.my.

“Tetapi, berdasarkan siasatan yang dilakukan kemudian, Sultan Johor tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sebagaimana yang terdapat di dalam blog berkenaan.

“Justeru, polis telah menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin menyifatkan penyamaran seperti itu boleh mengganggu-gugat ketenteran awam dan orang ramai dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan menganggu orang lain. – BERNAMA

Tags: polisSultan Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Suntik Semangat Atlet Negara Ke Sukan Olimpik Rio

Next Post

Pengunjung IKEA United Kingdom Terperangkap 4 Jam

Related Posts

Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas 936 Ayam Sabung Baka Filipina Tanpa Lesen

Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas 936 Ayam Sabung Baka Filipina Tanpa Lesen

28/07/2025
0

Kuala Lumpur: Tiga individu termasuk dua warga asing yang didapati menyimpan ayam sabung baka dari Filipina tanpa lesen sah ditahan...

Peserta Hargai Khidmat Polis, Takiyuddin Mahu Program Berlangsung Aman

Peserta Hargai Khidmat Polis, Takiyuddin Mahu Program Berlangsung Aman

26/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengingatkan peserta himpunan pembangkang hari ini agar mematuhi garis panduan ditetapkan...

Next Post

Pengunjung IKEA United Kingdom Terperangkap 4 Jam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd