• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Mahu Banduan Bebas Bertemu Pelawat

oleh
11/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu semua banduan yang sedang menjalani hukuman penjara di Malaysia dibenarkan mengadakan pertemuan secara fizikal dengan ahli keluarga atau pelawat mereka.

Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N. Surendran mendakwa, banduan di Malaysia hanya dibenarkan berkomunikasi dengan ahli keluarga atau pelawat menggunakan telefon di sebalik kepingan lut sinar menyalahi Perlembagaan Negara.

“Adalah sangat memeranjatkan ahli keluarga tidak dibenarkan bertemu secara langsung (contact visits) di penjara Malaysia.

“Ada beberapa bentuk pertemuan fizikal dibenarkan antara keluarga dan banduan di Amerika Syarikat dan Australia. Mengapa tidak di Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengkritik Program Pautan Ramadan di Penjara Kajang yang cuma membenarkan 50 banduan terpilih mengadakan pertemuan fizikal dengan ahli keluarga mereka baru-baru ini.

Surendran mendakwa, keengganan pihak penjara membenarkan banduan mengadakan pertemuan secara fizikal dengan keluarga boleh menyebabkan banduan menjadi trauma.

Dakwanya lagi, langkah tersebut turut memberi beberapa kesan tidak baik lain kepada banduan dan ahli keluarga mereka.

Beliau mendakwa, langkah itu juga menyalahi Perlembagaan Negara kerana menghalang hak rakyat untuk bertemu ahli keluarga walaupun mereka banduan.

“Banduan tidak hilang hak di sisi Perlembagaan Negara apabila di penjarakan. Hanya hak untuk bergerak dikurangkan.

“Tiada asas perundangan untuk menghalang banduan mengadakan pertemuan fizikal dengan sesiapa yang melawat mereka,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: banduanN. SurendranPenjaraPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sesuai menyertai Parti Keadilan Rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd