• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pergerakan Bekas Tahanan Militan Dipantau Rapi

oleh Ahmad Albab
17/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui pergerakan dan memantau rapi aktiviti bekas tahanan militan di negara ini bagi memastikan mereka tidak terlibat semula dalam kumpulan pengganas Daesh.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis percaya terdapat dalam kalangan bekas tahanan militan yang merekrut rakyat negara ini bagi menyertai kumpulan militan.

Beliau berkata setakat ini, seramai sembilan orang bekas tahanan militan dikenal pasti menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria.

“Terdapat bekas tahanan militan yang kini berada di Syria dan mereka mempunyai ideologi militan yang sangat tinggi dan sukar dikekang,” katanya kepada Bernama.

Mengenai dakwaan bahawa Filipina dijadikan pusat transit untuk rakyat Malaysia menyertai kumpulan Daesh ke Syria, beliau berkata tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu.

“Setakat ini, pihak kami tidak mempunyai sebarang maklumat lanjut berhubung anggota Daesh di negara ini yang menjadikan Filipina sebagai transit sebelum berlepas ke Syria,” kata Ayob Khan sambil menambah ketika ini terdapat empat anggota Daesh Malaysia yang bergabung dengan kumpulan Abu Sayaff Group (ASG) di selatan Filipina.

Mengulas lanjut, beliau berkata menurut statistik, daripada 213 individu yang ditahan terdapat 33 wanita dipercayai terlibat dalam kegiatan militan Daesh di negara ini sejak 2013 sehingga pertengahan tahun ini.

“Rakyat tempatan mencatatkan jumlah tertinggi yang ditahan iaitu 186 orang diikuti dengan Indonesia (15); Iraq, Filipina dan Rusia (2) serta Arab Saudi, Maghribi, Kosovo, Bangladesh, Turki dan Mesir masing-masing seorang.

“Jumlah tangkapan individu terlibat kegiatan militan Daesh dilihat semakin meningkat iaitu 82 orang pada 2015 berbanding 59 orang pada tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata pihaknya mendapati seramai 16 kanak-kanak antara 61 rakyat Malaysia yang masih berada di Syria dan terlibat dalam kegiatan militan Daesh. – BERNAMA

Tags: MilitanPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd