• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semak Semula Silibus Sekolah Memandu

oleh Ahmad Albab
14/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mahu kerajaan menyemak semula silibus dan kandungan kurikulum sekolah memandu sedia ada.

Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, semakan perlu dilakukan berikutan kadar kemalangan jalan raya yang semakin menjadi-jadi terutama menjelang musim perayaan.

“Perdasama memandang serius terhadap isu kemalangan jalan raya yang semakin menjadi-jadi di negara ini. Apatah lagi majoriti mangsa kemalangan terdiri daripada bangsa Melayu

“Kebanyakan kemalangan berpunca daripada sikap dan mentaliti rakyat yang tidak sabar serta memandang ringan amaran pihak berkuasa,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Moehamad Izat dalam pada itu menjelaskan keadaan kenderaan seperti brek, tayar dan enjin turut memainkan peranan dalam langkah mencegah risiko berlaku kemalangan jalan raya.

Justeru, beliau menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman yang berat termasuk menggantung lesen perniagaan mereka yang menjual alat ganti tidak menepati piawaian.

Katanya, pihak berkuasa perlu juga lebih tegas dalam menangani isu kesalahan pemandu dan memperbanyakkan lagi kempen kesedaran keselamatan.

“Pembelajaran pendidikan di sekolah berkaitan keselamatan jalan raya perlu dipertingkat,” katanya.

Beliau turut membangkitkan isu pemandu bas tidak mempunyai lesen memandu, lesen tamat tempoh serta saman kesalahan jalan raya.

“Pemantauan yang lebih ketat wajar dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: Perdasama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perdasama Yakin Kewibawaan Pengerusi Felda Baharu

10/01/2017
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir...

Perdasama Sokong Titah Sultan Johor Jauhi `Virus’

05/11/2016
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) menyambut baik titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd