• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyerang Nice Dikenal Pasti Mohamed Lahouaiej

oleh AK-47
18/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IDENTITI pemandu trak yang merempuh orang ramai ketika sedang menonton pertunjukan bunga api di Nice, Perancis hingga mengorbankan lebih 80 orang telah dikenal pasti sebagai Mohamed Lahouaiej Bouhlel.

Suspek yang berjaya ditembak mati disahkan berusia 31 tahun merupakan rakyat Perancis berketurunan Tunisia dan dipercayai merupakan penyokong gerakan militan Daesh.

Penyerang Nice Dikenal Pasti Mohamed Lahouaiej

Jurucakap pihak berkuasa Perancis berkata, pihaknya sedang menyiasat secara terperinci mengenai suspek, khususnya hubungannya dengan militan Daesh.

“Suspek pernah terbabit dalam beberapa kegiatan jenayah kecil, tetapi kita masih lagi melakukan siasatan lebih terperinci untuk membuktikan kaitan pengganas.

“Suspek memiliki dua kerakyatan iaitu Perancis dan Tunisia namun tinggal berdekatan Nice,” katanya. Difahamkan, trak yang digunakan semasa serangan berdarah itu disewa berdekatan dengan tempat kejadian itu.

Penyerang Nice Dikenal Pasti Mohamed Lahouaiej

Suspek dilaporkan pernah melakukan beberapa jenayah ringan seperti mencuri. Keluarga suspek kini turut berada dalam pengawasan polis.

Sehingga kini, tiada lagi pihak mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu namun pihak berkuasa Perancis percaya serangan itu tidak dilakukan bersendirian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DaeshPerancis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd