• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penubuhan Parti Melayu Baharu Hanya Merugikan Rakyat

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan parti Melayu baharu hanya merugikan rakyat negara ini.

Katanya Dr. Mahathir wajar berfikir dua kali kerana tindakan beliau (menubuhkan parti baharu) yang bertujuan menjatuhkan seorang pemimpin lebih terarah menjatuhkan sebuah parti yang banyak berjasa kepada rakyat.

“Tun kata nak jatuhkan pemimpin tetapi tindakan beliau dilihat ‘di luar kebiasaan’ kerana keputusan tersebut bukan sahaja hendak melanggar UMNO, malah mengheret sama rakyat pelbagai kaum.

“Biasanya penduduk pelbagai kaum disatukan atas dasar kasih sayang, bukan dengan kebencian,” ulas Shahidan mengenai cadangan penubuhan parti baharu yang menggabungkan pemimpin-pemimpin pembangkang itu.

Beliau ditemui pada program SEA-TVET 2016, iaitu pertukaran pelajar Kolej Vokasional (KV) Kedah/Perlis dan wilayah-wilayah Selatan Thai membabitkan Satun, Pattani dan Yala.

Sebanyak 97 pelajar dari tiga wilayah yang menyertai program itu ditempatkan di dua KV di Perlis dan enam KV di Kedah selama dua minggu untuk bertukar-tukar kemahiran dalam usaha mengantarabangsakan program vokasional.

Di PUTRAJAYA, Menteri Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata memang tiada halangan untuk sesiapa sahaja menubuhkan parti baharu sejajar dengan konsep demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Anggota Parlimen Santubong, Sarawak dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata bagaimanapun parti baharu itu perlu mempunyai visi yang jelas dan ada kapasiti serta stabil untuk terus wujud.

“Semasa berkhidmat sebagai timbalan menteri di Kementerian Dalam Negeri, saya melihat banyak senarai permohonan penubuhan parti politik baharu di seluruh Malaysia.

“Saya memberitahu kepada Menteri (Dalam Negeri) Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi bahawa penubuhan parti baharu ini macam kedai kopi..dia boleh buka hari ini, dia boleh tutup hari lain kalau tiada pelanggan,” katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas majlis tanda tangan pembelian mesin kitar semua untuk buangan elektrik dan elektronik dari isu rumah dan perolehan semula klorofluorokarbon (CFC) oleh Shan Poornam Metals Sdn. Bhd. bersama dengan syarikat dari Jerman, ANDRITZ MeWa GmBH di sini hari ini.

“Jika mereka tidak boleh berjaya, parti itu akan mati dengan sendirinya. Tidak kurang daripada 70 parti baharu yang ditubuhkan sejak era 1960-an, dan kesemuanya sudah berkubur,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

Shahidan Kemuka Usul Tergempar Benarkan Pengeluaran Bersasar KWSP

Shahidan Kemuka Usul Tergempar Benarkan Pengeluaran Bersasar KWSP

20/02/2023
0

Kuala Lumpur : Biarpun usulnya ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tetap komited mengusulkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd