• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Pasar Malam Didenda RM15,000 Cari Klien Pelacur

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga pasar malam didenda RM15,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencari pelanggan bagi tujuan pelacuran.

Hakim Datin M. Kunasundary menjatuhkan hukuman itu terhadap Mok Chwan Pin, 31, selepas tertuduh mengaku bersalah mencari langganan bagi maksud persundalan di Mermaid Massage, No.113-2, Jalan Mega Mendung, Kompleks Bandar, Off Jalan Klang Lama, Brickfields di sini pada 9.20 malam, 23 Mac lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, atau denda atau kedua-duanya.

Mok, yang diwakili peguam Luqman Hakim Azhar, merayu hukuman denda minimum dengan alasan dia terdesak melakukan kesalahan itu kerana kesempitan wang.

Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawawi Mohd Radzi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat mengambil kira kesalahan yang dilakukan itu adalah serius kerana membabitkan aktiviti pelacuran yang semakin berleluasa di negara ini.

“Walaupun ini bukan kes pemerdagangan tetapi ia melibatkan mangsa terdiri daripada warga asing iaitu Vietnam dan Indonesia, mohon hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pelacurpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd