• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna Terkejut, Marah Kenaikan Parkir DBKL

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peningkatan kadar baharu caj ruang parkir milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berkuat kuasa pada Isnin telah mengejutkan dan menimbulkan kemarahan warga kota.

Tinjauan mendapati bahawa pemandu dalam Daerah Pusat Perniagaan (CBD) kecewa kerana mereka terpaksa mengeluarkan bayaran tambahan sebanyak 150 peratus untuk meletak kenderaan di kawasan itu.

Kadar parkir meningkat daripada 80 sen sejam kepada RM2 bagi jam pertama dan RM3 untuk jam berikutnya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz mengulangi pendirian bahawa kenaikan itu perlu bagi membantu mengurangkan kesesakan serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Beliau berkata seramai 100 pegawai penguatkuasa telah digerakkan untuk membantu peralihan tersebut.

“Kadar parkir tidak dikaji semula sejak 40 tahun yang lalu dan caj berkenaan adalah masih rendah berbanding di negara-negara Asia yang lain.

“Kami berharap ini akan mengurangkan sekurang-kurangnya satu juta kenderaan yang datang ke bandar setiap hari,” katanya.

Caj tempat letak kereta baru sedang dikuatkuasakan secara berperingkat mulai sekarang hingga 1 Ogos yang akan menyaksikan peningkatan di antara 100 peratus dan 200 peratus, bergantung kepada kawasan itu.

Kadar parkir sebanyak 50 sen sejam di zon luar bandar juga akan akan naik menjelang bulan depan.

Bergantung kepada zon, pengguna jalan raya akan dikenakan bayaran RM1.50 atau RM1 sejam.

DBKL memiliki 46,100 ruang letak kereta bermeter di bandar; 22 peratus atau 9,914 petak parkir terletak di kawasan CBD. – mStar Online

Tags: DBKLparkirpengguna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd