Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pelajar Menembak Mati Rakan...

MOSCOW: Seorang gadis berusia 14 tahun menembak mati rakan dan mencederakan lima pelajar...

Pendigitalan Mahkamah, Mudahkan Proses...

KUALA LUMPUR - Badan Kehakiman negara kini bukan sahaja dalam proses pendigitalan, tetapi...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan penyusutan yang dialaminya semalam untuk dibuka lebih rendah...

Lucu! Karenah Kreatif Peniaga...

ACAPKALI jika ke Bazar Ramadhan, pastinya kedengaran nama juadah makanan yang dilaung oleh perniaga...

Pengerusi MyWatch Ditahan Mengikut POCA

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R. Sri Sanjeevan ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata Sanjeevan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 4.30 petang semalam.

“Sanjeevan ditahan mengikut Seksyen 3 (1) POCA selama 60 hari lagi kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut,” katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Sebelum ini, Sanjeevan, 32, dan pemandunya, seorang lelaki warga India, ditahan mengikut Seksyen 506, Seksyen 384 dan 385 Kanun Keseksaan kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut berdekatan Plaza Tol Nilai pada 22 Jun lepas.

Beliau ditahan susulan laporan polis oleh seorang pengadu bahawa suspek mengugut untuk menyiarkan fitnah mengenainya melalui laman sosial Facebook.


Sanjeevan ditahan bersama-sama pemandunya pada 10 malam 22 Jun, selepas menerima wang perlindungan sebanyak RM25,000 daripada pengadu. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori