• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeluaran Durian Di Perak Berkurang Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
24/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Pengeluaran buah durian di Perak tahun ini berkurang disebabkan cuaca panas dam kering pada suku pertama tahun ini, kata Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak, Basri Jasmo.

Beliau berkata pengeluaran buah yang kurang itu menyebabkan harga durian agak mahal mengikut gred tertentu.

“Tahun ini kita boleh lihat tiada lambakan buah durian kerana hasil pengeluarannya kurang dan tidak teratur tetapi harga yang ditetapkan masih boleh diterima iaitu RM5 hingga RM7 bagi durian kampung.

“Musim pengeluaran buah juga agak panjang iaitu dari Jun hingga September dan pengeluarannya di seluruh negara tidak sama masa,” katanya ketika ditemui pemberita pada Hari Bertemu Pelanggan FAMA di Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) di Manjung, dekat sini hari ini.

Basri berkata, FAMA mempunyai kaedah tertentu bagi mengatasi lambakan buah durian termasuk mengeksport ke luar negara seperti China.

“Buah-buah ini akan dihantar ke pusat pemprosesan isi durian sejuk beku sebagaimana ditetapkan sebelum ia boleh dieksport,” katanya.

Menurut Basri permintaan yang tinggi terhadap Raja Buah itu adakalanya tidak dapat ditampung oleh pembekal sehingga FAMA terpaksa mencari alternatif termasuk melakukan pembiakan klon pokok durian.

“Durian jenis ini tidak mengambil masa terlalu lama untuk menghasilkan buah dan kita harap ia boleh membantu peningkatan hasil buah durian,” katanya.

Penggunaan istilah klon mewakili cara varieti pokok durian dibiakkan iaitu dengan teknik tampang dan setiap hasil adalah unik serta mempunyai ciri-ciri tersendiri sama ada dari segi fizikal atau rasa. – BERNAMA

Tags: DURIAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Ratusan Durian Muda Gugur, Rosak Angkara Kera

05/06/2022
0

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda dan hampir masak musnah angkara kawanan kera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd