Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Atlet Wushu Choon How...

KUALA LUMPUR - Selepas mengakhiri tahun ini penuh cemerlang dengan dinobatkan sebagai pemenang...

Pekan Nikmati Pembangunan Hasil...

PEKAN - Pekan yang juga dikenali sebagai Bandar Diraja, dahulunya hanyalah sebuah bandar...

Saudi Mula Tangkap Ulama,...

RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi mula menangkap lebih 20 imam dan ulama...

Apabila Netizen Diberi Buku...

ACAPKALI kita mendengar pepatah Inggeris berbunyi "don't judge a book by it's cover",...

Pengajaran… Jangan Sibuk Hal Orang

TIADA yang lebih menjengkelkan apabila pasangan anda terpaku kepada telefon bimbitnya, apatah lagi ketika sedang menikmati makan malam romantis.

Menyedari keadaan itu, seorang wanita yang menyaksikan tindak tanduk yang menjengkelkan itu cuba memberikan `nasihat’ pada teman wanita kepada lelaki tersebut tanpa mengetahui perkara sebenar.

Kebetulan dia berada di sebelah meja pasangan terbabit di sebuah restoran yang tidak dinamakan.

Dia telah merakamkan gambar pasangan tersebut dan kemudian memuat naik dalam akaun Twitternya @Trouble dengan kapsyen: Homegirl….leave him (tinggalkan dia).

Sebaik sahaja Twitter itu dimuat naik, ia dikongsi 9,000 kali apabila ramai menyokong wanita itu kerana mereka bersimpati dengannya akibat teman lelakinya lebih khusyuk memandang telefon bimbit daripada memandangnya.

Namun tanpa disangka @Trouble, `nasihat’ tersebut telah sampai kepada pengetahuan lelaki berkenaan.

Lelaki itu kemudiannya memutuskan untuk menjelaskan perkara sebenar.


“Itu adalah teman wanita saya. Saya baru sampaikan ceramah pertama saya, dia merakamkannya dan mahu saya menonton apa dirakamkannya,” kata lelaki berkenaan yang menggunakan nama Jonathan dalam akaun Twitternya.

Penjelasan berkenaan ternyata memberikan tamparan kepada wanita terbabit dan ia menjadi lebih popular daripada Twitter asalnya.

Bukan itu sahaja, teman wanita Jonathan turut memutuskan untuk berkongsi gambar mereka berdua dan dia telah memberikan `nasihat’ kepada mereka yang cuba menjadi `pakar’ dalam berpacaran. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori