Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Pendikir Tersohor Megat Nordin...

KOTA BHARU - Pendikir tersohor Kelantan, Megat Nordin atau nama sebenarnya Nor Din...

Dyson Tamatkan Hubungan Dengan...

Dyson telah menamatkan hubungannya dengan pembekal ATA IMS Bhd berikutan audit terhadap amalan...

Lelaki Lembut ‘Culik’ Kanak...

KOTA BHARU - Seorang lelaki berperwatakan lembut dipercayai mempunyai niat 'songsang' apabila membawa...

Banjir Mula Melanda Kawasan...

SETIU - Sebanyak 64 buah keluarga di Kampung Sri Bayas, di sini terputus...

Pengacara Tak Sedar Zip Terbuka Ketika Ke Udara

TUMPUAN penonton sebuah stesen televisyen ‘terganggu’ gara-gara pengacaranya terlupa untuk menutup zip seluar.

Pengacara Joel Mellin yang ke udara melalui saluran SVT pada jam 6 petang, seperti biasa menjalankan tugas dengan baik.

Namun, penonton siaran terbabit tidak dapat memberikan tumpuan kepada ramalan kaji cuaca yang disampaikan kerana perhatian lebih tertumpu kepada zip seluar yang terbuka.

Pengacara Tak Sedar Zip Terbuka Ketika Ke Udara

Siaran langsung yang ke udara pada petang Selasa itu menjadi viral keesokan paginya gara-gara kegagalan pakaian pengacara itu.

Menurut Mellin kepada Affonbladet, sebuah akhbar tabloid Sweden, dia memakai sepasang seluar pendek sambil menikmati cuaca pagi itu, namun terpaksa menukar seluar berkenaan untuk siaran langsung ramalan kaji cuaca sekaligus terlupa menutup zip seluarnya.

“Saya menyedari keadaan itu ketika ke udara. Saya tidak mempunyai masa untuk melihat video sama ada benar ataupun tidak sehinggalah saya mendapat panggilan telefon mengesahkannya.


“Seorang pembaca berita memberitahu saya tidak menutup zip seluar,” ujarnya.

“Saya hanya berkata ‘oops’. Ia agak lucu sebenarnya,” tambah Mellin.

Laman Facebook SVT ‘sesak’ kerana ramai penonton berpusu-pusu melayarinya kerana ingin melihat video tersebut yang telah tersebar di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori