• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penemuan Kayu Balak Disyaki Dicuri Di Temerloh

oleh Ahmad Albab
15/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telahpun mengeluarkan notis berhenti kerja kepada sebuah syarikat pembalakan berhubung penemuan kayu balak yang disyaki dicuri dan ditebang di Hutan Simpan Krau di Kuala Krau dekat Temerloh.

Pengarah Perhutanan Pahang, Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman berkata pihaknya turut menyita kayu balak itu yang ditemui berhampiran kawasan hutan simpan dan penempatan Orang Asli mulai 1 Julai lepas untuk siasatan lanjut.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini berhubung penemuan kayu balak itu dan keputusan sama ada untuk menggantung lesen syarikat terbabit atau tindakan selanjutnya akan dibuat selepas selesai siasatan mengikut Akta Perhutanan Negara, katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Semalam Buletin TV3 melaporkan hampir 1,000 batang balak bernilai jutaan ringgit disyaki dicuri di Kuala Krau disita dengan balak berkenaan dipercayai ditebang di Hutan Simpan Krau bulan lepas.

Mohd Paiz berkata penemuan kayu balak yang disita itu hasil semakan pihak jabatan berkenaan di kawasan lapangan tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan kayu balak itu kerana proses siasatan sedang berjalan bagi mengelak daripada mengganggu siasatan. – BERNAMA

Tags: PahangPembalakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd