• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Tuntut Nga Mohon Maaf Kepada Umat Islam

oleh Ahmad Albab
10/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini menuntut anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming supaya memohon maaf terhadap umat Islam berhubung entri di laman sosial Facebooknya yang didakwa menghina sambutan Aidilfitri.

Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata Nga sepatutnya tidak cuba ‘bergurau’ dalam isu-isu sensitif terutama membabitkan soal agama dan perlu menghormati adat serta budaya yang diamalkan kaum lain.

“Saya nak nasihatkan Nga jangan cuba untuk bergurau dalam isu-isu sensitif dan soal keagamaan seperti ini. Walaupun pemberian duit raya ini bukanlah satu amalan agama (dalam Islam), tapi paling tidak hormatilah adat dan budaya yang diamalkan dalam negara ini.

“Jalan yang paling baik, dia tidak menjadikan isu ini sebagai satu isu gurauan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Mahasiswa Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10 di sini, hari ini.

Mengikut akaun Facebook yang bernama Nga Kor Ming, satu status yang dimuat naik pada 5.15 petang 6 Julai, bertajuk ‘Hanya di Malaysia di bawah UMNO, Selamat Hari Raya’, satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu.

Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak bercakap “Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma..” manakala seorang lagi menjawab “Tak dapat derma, dedak pun ok…” dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin’. – BERNAMA

Tags: Nga Kor MingPemuda PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan bahawa perbuatan membuang sampah merata-rata bukan sahaja mencemarkan...

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

16/08/2024
0

SHAH ALAM - Ketika penjawat awam menikmati kenaikan gaji menjelang Disember ini, Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim masih berkhidmat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd