• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda Maut Kereta Bertembung Treler Di Bukit Besi

oleh Ahmad Albab
26/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 73 Jalan Jerangau-Jabor di hadapan Pusat Koreksional Bukit Besi, malam tadi.

Insiden kira-kira pukul 8.10 malam itu menyebabkan mangsa Syed Roslim Syed Ali, 26, terbunuh di tempat kejadian.

Nahas itu dipercayai berlaku selepas kereta Proton Wira yang dipandu mangsa dari arah Ajil ke Bukit Besi hilang kawalan dan berpusing sebelum masuk ke laluan bertentangan.

Sejurus selepas itu sebuah treler yang membawa muatan kelapa sawit dipandu dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh kereta itu dan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) Jas Wari Awang berkata enam anggota bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.

“Kita mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya ketika ditemui ditempat kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan menurutnya mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat.

“Pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan ujian saringan air kencing telah dilakukan kepada pemandu treler yang berasal dari Ajil itu negatif daripada pengaruh dadah,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd