• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemansuhan Lesen PSV Di Peringkat Perbincangan

oleh Ahmad Albab
17/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan pemansuhan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) masih dalam peringkat perbincangan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata SPAD masih mengkaji cadangan itu dan ia perlu mendapat kerjasama pihak yang berkaitan sebelum menentukan sebarang keputusan.

“SPAD tak boleh buat keputusan sendiri. Buat masa ini, kami masih lagi berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, SPAD mengusulkan cadangan pemansuhan lesen PSV itu agar ia digantikan dengan sistem baharu bagi diseragamkan dengan perkhidmatan Uber dan GrabCar.

Namun, beberapa syarikat operator teksi yang beroperasi di ibu negara telah menyuarakan pandangan supaya SPAD meneliti semula cadangan pemansuhan lesen tersebut.

Sementara itu, Penasihat Big Blue Capital (M) Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail menggesa agar lesen PSV tidak dihapuskan, sebaliknya mempertingkatkan sistemnya agar menjadi lebih baik dan berkualiti.

“SPAD dan JPJ perlu bekerjasama dalam meningkatkan standard lesen PSV… naikkan tahapnya, jadi kita akan dapat pemandu yang berkualiti.

“Betulkan industri teksi sedia ada terlebih dahulu, kemudian baru buka ruang kepada pemandu Uber dan GrabCar,” katanya yang mewakili 800 pemandu teksi daripada syarikat itu pada sidang media berasingan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Shamsubahrin menyeru agar pengurusan tertinggi SPAD turun padang untuk melihat sendiri nasib pemandu teksi sebelum meluluskan sesuatu cadangan.

Beliau mengulas mengenai langkah pemansuhan lesen PSV yang bakal dilaksanakan SPAD selepas ini sebagai sebahagian daripada 11 inisiatif di bawah pelaksa­naan sistem E-hai­ling bagi mentransformasikan perkhidmatan teksi, Uber dan GrabCar. – BERNAMA

Tags: SPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd