• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Sekeluarga Maut, Pemandu Lori Didakwa Pandu Berbahaya

oleh Ahmad Albab
11/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Seorang pemandu lori hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan tujuh sekeluarga maut pada 4 Julai lepas.

Tertuduh, A. Deniyal, 24, didakwa memandu secara melulu atau berbahaya hingga menyebabkan kematian tujuh sekeluarga di Kilometer 12 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Renok, dekat sini pada 1.20 pagi, 4 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan.

Kemalangan itu menyebabkan kematian Munira Ahmad Latfi, 29, suaminya Norazmi Mahat, 37, anak mereka Rifqi satu bulan dan Raidatul Syazwina, 4 tahun.

Turut maut adalah kembar kepada Munira iaitu Mursyida Ahmad Latfi, 29, suaminya, Mohammad Amin Firdaus Zakaria, 29, dan anak mereka Nurhana Jannati, 5 tahun.

Insp G. Gopinath Govindan dari Unit Perundangan dan Siasatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang yang mengendalikan kes berkenaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin.

Bagaimanapun, Deniyal yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon agar mahkamah mengurangkan jaminan kerana dia merupakan penanggung tunggal keluarga.

Majistret Mohd Fariz Omar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan dua penjamin serta menetapkan 15 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautpemandu lori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd