• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelakon Aziz Singah Meninggal Dunia Lewat Jumaat

oleh AK-47
02/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INDUSTRI hiburan sekali lagi kehilangan seorang lagi insan seni apabila pelakon veteran Datuk Aziz Singah, 74, disahkan meninggal dunia akibat kanser prostat, lewat Jumaat malam.

Aziz yang juga merupakan bekas Presiden Seniman menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 11.10 malam 1 Julai bersamaan 27 Ramadan di rumah kediamannya yang terletak di Seri Kembangan, Serdang, Selangor.

Pelakon Aziz Singah Meninggal Dunia Lewat Jumaat

Menurut anaknya, Muhammad Daniel Aziz, 24, ayahnya telah nazak semasa dirawat di Pusat Kanser Negara, Putrajaya.

“Kami mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah kira-kira pukul 10 malam.

“Kira-kira sejam berada di rumah, ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir,” ujar Muhammad Daniel ketika dihubungi mStar Online.

Jenazah Allahyarham telah dimandikan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) kira-kira pukul 8 pagi Sabtu seterusnya akan dibawa di tempat kelahirannya di Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.

Antara drama yang pernah dibintangi Aziz adalah PJ Holding, Sembilu Kasih, Sate, Maria Mariana, Impian, Kemarau Cinta dan terbaharu filem terbitannya, Pulau Asmara.

Aziz juga suatu ketika dahulu popular dengan iklan teh Boh pada tahun 1974 hingga 1975.

Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Khatijah Abu Hassan namun hubungan itu tidak kekal lama. Bagaimanapun mereka dikurniakan tiga orang anak.

Kemudian, Allahyarham berkahwin dengan Datin Zunita Mohamed dan hasil perkahwinan itu mereka turut dikurniakan jumlah anak yang sama. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Aziz Singah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd