• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Kolej Swasta Rentung Dalam Nahas Di Plaza Tol

oleh Ahmad Albab
21/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar kolej swasta rentung apabila kereta dipandunya terbabas dan terbakar di Plaza Tol Loke Yew menghala ke Pandan Jaya di sini, hari ini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud berkata kejadian berlaku kira-kira 7 pagi selepas pelajar itu Rhaveen a/l Sugumaran, 19, yang sebelum itu menumpangkan ibunya ke Jalan Pantai Baharu, meneruskan perjalanan menuju ke kolejnya di Kuchai Lama.

Katanya pelajar itu yang memandu kereta jenis Nissan Sentra dipercayai berada di laluan kanan plaza tol berkenaan sebelum cuba memotong sebuah kereta untuk ke laluan kiri.

“Mangsa yang gagal memotong kemudiannya melanggar pembahagi laluan konkrit menyebabkan kereta dipandunya itu terbakar serta-merta.

“Mangsa gagal keluar akibat tersepit dan mayatnya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat yang dikejarkan ke tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shafie berkata mayat Rhaveen dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata semasa anggota bomba tiba kereta berkenaan telah terbakar seluruhnya.

Beliau berkata lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira 7 pagi.

“Seorang pemandu telah ditemukan rentung di dalam kenderaannya dan berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd