• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pek Baharu Jenama Lampin Terkenal Kurang Kualiti?

oleh AK-47
10/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kualiti terbaharu satu produk lampin pakai buang jenama terkenal di Malaysia.

Pengguna Facebook, Sharifah Aliyyah Albukhary mengatakan produk yang sering digunakannya itu kini tidak lagi setimpal dengan harga yang dikeluarkan.

“You guys Drypers memang penipu kan? I beli Drypers di Giant, Grypers Wee Wee Dry RM40+. Sebab dah last minute shopping, nak cepat.

“Kualitinya bukan Drypers yang sebenar, yang selalu anak kita pakai. Tetapi kualitinya pampers Hey Baby punya.

“Dulu you guys ada keluarkan Drypers Classic kan? Kenapa kena buat macam itu ye? Kita bayar mahal untuk dapat kualiti macam ini? Jangan tipu kitalah. Nak report pada Tribunal Pengguna dah ni. Penipu betul, nipis pula tu,” tulisnya.

Dalam respon awal pihak syarikat itu, Sharifah hanya diminta menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan mereka untuk siasatan lanjut.

Keluaran Baru Jenama Lampin Terkenal Tidak Berkualiti?

Keluaran Baru Jenama Lampin Terkenal Tidak Berkualiti?

Sementara itu dalam ruangan komen, segelintir golongan ibu turut memberi reaksi yang sama dan bersependapat dengan luahan Sharifah mengenai kualiti produk tersebut.

“Baru pakai tak sampai beberapa jam dah bocor. Kenapa semakin nipis? Harga boleh tahan mahal tetapi kualiti hampeh. Sebelum ini beli okay saja. Tak ada pula kes bocor ke apa,” kata Amy Lee Estrada.

“How fast u can solve the problem? Please change back the quality like last time.. Please give attention we pay for the quality but u take advantage,” kata Zulfadli Mustafa.

“Corak je baru, kualiti down.. Nipis, kuantiti pon kurang.. Harga mahal.. Mempermainkan customer yang setia.. Tu belom redeem code lagi… Hemm tiga tahun setia tak penah tukar, #terpaksaCurang #boikotdrypers,” tulis Azeera Azazi.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah pengguna menyatakan bahawa anak mereka tiada masalah menggunakan pek terbaharu produk berkenaan.

“Bukan penipulah, sebab Drypers yang baru ini kan ada teknologi thindry core. Even more comfortable to move. Kalau dah thin tu, memanglah nipis. Tetapi tak semestinya yang tebal itu bagus, yang nipis itu tak bagus.

“Anak saya guna, yang lama dengan yang baru. Kadar serapan tetap sama. Kena tahu benda-benda ini semua. Baby pun nak selesa juga pakai pampers kan,” kata Nurul Azuwa.

Sehingga kini, pihak syarikat jenama lampin tersebut masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aduan penggunaIbuisu pengguna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

10/08/2025
0

KOTA KINABALU - Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir, menitiskan air mata melihat wajah anaknya semasa proses pengecaman dibuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd