• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Tetap Bertanding PRN Pulau Pinang – Khalid Samad

oleh Ahmad Albab
31/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) yakin parti itu berpeluang menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) awal Pulau Pinang walaupun mungkin sekadar mencapai kemenangan tipis.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd. Samad mendakwa kononnya kekalahan calon PAN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur kerana masih ramai tidak tahu tentang kewujudan PAN.

“PAN tidak memiliki kerusi di DUN Pulau Pinang setakat ini. Oleh itu tidak timbul isu PAN akan kehilangan kerusi kalau berlakunya pilihan raya. Sebaliknya PAN berpeluang menang walaupun mungkin tipis.

“Dengan kata lain, PAN bagaikan ‘nothing to lose and everything to gain’ dalam pilihan raya nanti. Atas sebab itu tidak ada keperluan bagi PAN membantah cadangan PRN Pulau Pinang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Pemimpin DAP dan PKR bertelagah sejak DAP bercadang mengadakan PRN Pulau Pinang lebih awal berikutan kes rasuah dan salah guna kuasa yang sedang dihadapi Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

PKR tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana berasa khuatir PAN mahu bertanding di negeri itu sekali gus menyebabkan pertandingan tiga penjuru dengan PAS.

Pendirian PKR itu mengundang kemarahan DAP yang menyifatkan PKR `ibarat kacang lupakan kulit’ kerana DAP sentiasa membantu PKR sewaktu dalam kesukaran.

Ketua Biro Undang-Undang PKR, Latheefa Koya bagaimanapun membidas dengan mengungkit DAP yang menyebabkan PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang kerana membubarkan Pakatan Rakyat tanpa persetujuan PKR.

DAP bagaimanapun mengingatkan bahawa PKR turut bersama-sama dalam rancangan menyingkirkan PAS malah mewujudkan gabungan baharu parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan yang turut dianggotai PAN. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Khalid SamadParti Amanah Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1MDB: Program Penerangan Untuk Rakyat Kelantan

Next Post

Anggota Polis Maut, Kereta Peronda Langgar Treler

Related Posts

Diterajui Khalid, Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Dengan BN

Diterajui Khalid, Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Dengan BN

02/02/2023
0

Bekas menteri, Khalid Samad, kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Amanah Kelantan dalam usaha parti itu memastikan Pakatan Harapan (PH) memenangi...

Tuntutan Saman Penganalisis Politik Terhadap Khalid Samad Ditolak

29/04/2022
35

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat menolak tuntutan saman fitnah dikemukakan penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff...

Next Post

Anggota Polis Maut, Kereta Peronda Langgar Treler

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd