• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Beri Pelepasan Khas Pada Jumaat Jika Aidilfitri Rabu

oleh Ahmad Albab
04/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Penjawat awam negeri Pahang diberi pelepasan khas daripada bertugas pada Jumaat (8 Julai) sekiranya Aidilfitri diisytiharkan pada Rabu ini (6 Julai).

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata pelaksanaan arahan pelepasan itu termasuk semua badan berkanun negeri, pihak berkuasa tempatan dan anak syarikat kerajaan negeri.

“Bagaimanapun pelepasan khas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada Selasa.

“Sehubungan itu, orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berharap pelepasan khas itu dapat dimanfaat dengan berkualiti untuk bersama keluarga dalam meraikan hari lebaran dan seterusnya dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing.

Muhammad Safian turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kerana bersetuju memberi pelepasan khas itu. – BERNAMA

Tags: AidilfitriCuti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd