• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Minta Orang Ramai Isi ‘Borang Balik Kampung’

oleh Ahmad Albab
02/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Orang ramai diminta mengisi borang balik kampung bagi memudahkan pemantauan polis ketika mereka pulang bercuti pada sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata orang ramai boleh mendapatkan borang itu di mana-mana balai polis berhampiran atau muat turun daripada portal Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, borang itu harus dikembalikan kepada mana-mana balai polis berhampiran setelah diisi bagi memudahkan pihak polis merekodkan maklumat rumah berkenaan.

“Selain itu, kami juga telah mengedarkan borang berkenaan kepada orang ramai di beberapa kawasan di sekitar Kajang.

“Kami tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini seperti kes pecah rumah berlaku ketika mereka pulang ke kampung,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat ke-9 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Plaza Tol Sungai Balak di sini, hari ini.

Beliau berkata seramai 1,167 pegawai dan anggota daripada IPD Kajang akan bertugas ketika sambutan Aidilfitri ini.

“Kita ada 150 anggota akan bertugas mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan,” katanya.

Mengulas mengenai Op Selamat ke-9, Othman berkata anggota akan ditempatkan di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi kemalangan selain untuk mengawal kesesakan lalu lintas.

Katanya, sebanyak 507 kemalangan direkodkan bagi Op Selamat pada Aidilfitri tahun lepas di Kajang.

“Kita telah atur strategi untuk memastikan kadar kemalangan dapat dikurangkan ke tahap paling minimum,” katanya. – BERNAMA

Sumber Foto: Facebook Geld Gleichgesinnten

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd