• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Menurun, Nahas Meningkat Setakat 11 Hari

oleh Ahmad Albab
12/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Sebanyak 15,524 kes kemalangan jalan raya direkodkan berlaku di seluruh negara setakat 11 hari pelaksanaan Op Selamat 9/2016 yang bermula 29 Jun lepas iaitu peningkatan sebanyak 2.5 peratus atau 377 kes berbanding 15,147 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mahamad Akhir Darus berkata bagaimanapun jumlah kemalangan maut menurun 38 kes atau 15.8 peratus apabila mencatatkan 203 kes berbanding 241 kes tahun lepas.

“Selangor negeri paling banyak mencatatkan kadar kemalangan jalan raya iaitu 4,064 kes, diikuti Johor (2,351), Kuala Lumpur (1,707), Perak (1,298) dan Pulau Pinang (1,146),” katanya kepada pemberita selepas melawat dan memeriksa lalu lintas di Plaza Tol Bentong sempena Op Selamat 9/2016 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Mohamad Noor Yusof Ali dan Komander Subtek Zon Pantai Timur dari Bukit Aman, Superintendan Azmi Mansor.

Katanya jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang 11 hari operasi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri itu juga menurun kepada 229 kes berbanding 266 kes tahun lepas iaitu penurunan 37 kes atau 13.9 peratus.

Mahamad Akhir berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berterusan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan sehingga operasi itu tamat pada 13 Julai nanti untuk memastikan kadar kemalangan jalan raya tidak terus mencatatkan peningkatan pada perayaan Aidilfitri tahun ini.

“Walaupun cuti sudah berakhir dan kebanyakan orang telah pulang bekerja, tetapi masih ada saki baki lagi untuk bergerak balik ke Lembah Klang misalnya.

“Jadi kami tidak akan mengurangkan kekuatan anggota kami seramai 5,800 polis trafik dalam Op Selamat 9 ini sehingga tamat operasi.

“Seramai 5,800 anggota trafik ini akan menjaga lalu lintas sehingga 13 Julai ini dan mereka ini tidak boleh bercuti raya selagi Op Selamat 9 ini tidak tamat,” katanya.

Dalam pada itu, Mahamad Akhir berkata berdasarkan pemantauan pihaknya mendapati pematuhan pemandu terhadap larangan menggunakan lorong kecemasan terutamanya di lebuh raya semakin bertambah baik berbanding tahun sebelum ini.

Tanpa memberikan jumlah saman, katanya ini kerana secara umumnya jumlah saman yang dikeluarkan kepada pemandu bagi kesalahan berkenaan dilihat semakin menurun setakat 11 hari operasi itu jika dibandingkan dengan tahun lepas. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautOps Selamat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd