• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nufam Gesa Eaglexpress Jawab Isu Gaji

oleh Ahmad Albab
03/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) menggesa Eaglexpress Air Charter Sdn. Bhd. (Eaglexpress) tampil menjawab isu gaji kira-kira 300 pekerja syarikat penerbangan itu.

Presidennya, Ismail Nasaruddin berkata, banyak pertikaian dan persoalan yang disuarakan kakitangan Eaglexpress kepada kesatuan itu berhubung masalah tunggakan gaji.

Beliau mendakwa, pihak pengurusan mengambil pendekatan berdiam diri daripada memberi penjelasan atau mengeluarkan dokumen ‘hitam putih’ kepada semua kakitangan.

“Sebagai contoh, Eaglexpress ada mengeluarkan memo kepada semua pekerja menyatakan tunggakan gaji dua bulan akan dibayar pada 27 Jun. Tetapi bila syarikat gagal berbuat demikian, kenapa tidak maklumkan kepada pekerja?

“Tunggakan gaji bagaimanapun dibayar selepas itu sehingga Jumaat. Tetapi syarikat diam sahaja, kenapa tidak dibuat penjelasan tentang kelewatan itu.

“Takkan pekerja kena periksa akaun bank banyak kali, setiap hari. Itu baru pasal tunggakan gaji dua bulan, belum lagi pasal gaji bulan Jun yang masih belum dapat,” katanya kepada mStar Online.

Ismail berkata, keadaan itu menimbulkan pelbagai dakwaan berhubung isu tunggakan gaji yang dibayar, sama ada tidak cukup seperti yang dinyatakan dalam memo atau dipotong.

“Situasi ini menimbulkan kekeliruan di kalangan pekerja. Semuanya perlu diperjelas syarikat bagi mengelakkan salah faham dan rasa tidak puas hati,” katanya.

Sehubungan itu, kata Ismail, pihak pengurusan Eaglexpress perlu sentiasa telus dalam menyelesaikan masalah tunggakan gaji pekerja.

Sementara itu, salah seorang ahli lembaga pengarah Eaglexpress memberitahu mStar Online bahawa segala persoalan, dakwaan dan pertikaian akan dijawab dalam masa terdekat.

Beliau yang enggan dikenali berkata, pekerja boleh membuat permohonan kepada syarikat untuk mendapatkan penyata gaji bulanan masing-masing.

“Kita tak boleh jawab setiap dakwaan pekerja. Lagipun ada antara mereka telah mendapat sebahagian bayaran sebagai pendahuluan sebelum ini.

“Kita akan jawab kesemuanya minggu depan, tunggu Isnin,” katanya kepada portal berita ini.

Ditanya adakah Eaglexpress mengeluarkan memo mengenai kelewatan tunggakan gaji atau pembayaran yang telah dibuat, beliau bagaimanapun hanya dapat mengesahkan mengenai memo minggu lalu berhubung tunggakan gaji akan dibayar pada 27 Jun.

“Memo selepas itu perlu saya dapatkan pengesahan daripada bahagian sumber manusia terlebih dahulu,” katanya.

Pada 23 Jun lalu, satu memo dikeluarkan pihak pengurusan yang menyebut bahawa dua bulan gaji yang tertunggak iaitu April dan Mei akan dibayar pada 27 Jun.

Bagaimanapun, ia sekadar janji tinggal janji apabila tiada bayaran dimasukkan ke akaun bank pekerja pada hari berkenaan.

Terdahulu, pada Jumaat, ahli lembaga pengarah itu mengesahkan bayaran tunggakan gaji selama sebulan setengah telah dibuat sejak Rabu lalu.

Beliau turut mengesahkan kelewatan itu disebabkan masalah teknikal membabitkan proses pembayaran dengan pihak bank.

Ahli lembaga pengarah itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai mengapa syarikat hanya melunaskan tunggakan gaji selama sebulan setengah berbanding dua bulan gaji seperti yang dijanjikan pihak pengurusan.

Pada 20 Jun lalu, mStar Online mendedahkan syarikat penerbangan carter gagal membayar gaji pekerjanya termasuk tidak membuat caruman KWSP dan Perkeso.

Eaglexpress kemudiannya tampil mengakui tunggakan berlaku disebabkan syarikat itu mengalami masalah kewangan selama beberapa bulan sejak Februari lalu, tetapi masih membuat ‘bayaran kepada sebahagian pekerja’. – mStar Online

Tags: Eaglexpress AirNUFAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tiada Perikemanusiaan’ Pecat Kerana Berat Badan Lebih 0.7kg

21/02/2020
0

PETALING JAYA - Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) mencari keadilan selepas pemecatan seorang krew syarikat penerbangan dari...

NUFAM Dakwa Kerajaan Tak Peduli Nasib Pekerja Kabin

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) kesal kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa tidak mengambil peduli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd