• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

N.Sembilan Kenal Pasti Tapak Stesen Seremban HSR

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan negeri sedang mengenal pasti kawasan yang akan dijadikan Stesen Seremban dalam projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, yang disasarkan memulakan operasinya pada 2026.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kawasan itu kelak akan dibangunkan dengan terminal bersepadu yang menempatkan perkhidmatan bas, teksi, keretapi dan komuter.

“Lokasi HSR Seremban belum ditentukan lagi, tapi memang tidak akan berhenti di stesen keretapi (Seremban). Kita nak buat di suatu kawasan yang akan jadi satu kawasan stesen terminal bersepadu dengan (dilengkapi perkhidmatan) bas, teksi, keretapi dan komuter.

“Kita sedang mengkaji dan memilih tempat yang sesuai dijadikan stesen bersepadu di mana ia akan memudahkan dan memberikan kemudahan kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Pendidikan dan Kesihatan negeri Datuk Shamsulkahar Mohd Deli dan Pengarah Pendidikan negeri Rusni Ab Jalil.

Mohamad berkata pemilihan kawasan lain yang strategik bagi membangunkan terminal pengangkutan awam bersepadu adalah demi kesejahteraan selain menjimatkan kos orang ramai.

“Kita tidak mahu menyusahkan orang ramai dengan perkhidmatan teksi yang jauh, bas yang jauh dan keretapi yang jauh…ini akan menambah beban dan kos untuk orang ramai,” katanya.

Pada 19 Julai lepas, Malaysia dan Singapura memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura, sekali gus mengesahkan komitmen kedua-dua negara untuk menjayakan projek ikonik itu.

Projek HSR merangkumi lapan stesen iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

Landasan sepanjang 350 kilometer (km) itu akan mengurangkan tempoh perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada hanya 90 minit dengan keretapi berkelajuan melebihi 300km sejam. – BERNAMA

Tags: HSRMohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

07/01/2025
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen kerajaan membabitkan projek mega terpaksa ditangguhkan pada masa ini kerana perlu menyelesaikan...

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd