• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyLegendPRamlee #WayangPacakEstet

oleh Ahmad Albab
10/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APA yang anda kenang tentang P. Ramlee?

Aidil Fitri tahun ini – genap 43 tahun kita beraya tanpa P. Ramlee. Seniman Agung ini meninggal pada 29 Mei 1973 pada usia 44 tahun.

MyLegendPRamlee #WayangPacakEstet

Banyak memoir ditulis mengenai P. Ramlee. Kisah suka-duka dan jatuh bangun anak kelahiran Pulau Pinang sepanjang kembara seninya di Singapura dan Kuala Lumpur.

Bagi budak kampung macam saya – P. Ramlee adalah memori berharga zaman kanak-kanak. Tahun 1973, ibu saya menangis di tangga rumah sambil berbual sedih dengan jiran-jiran mengenai P. Ramlee. Itu kenangan berharga. Setiap kali 29 Mei – saya akan teringat mata ibu yang bengkak kerana menangisi pemergian P. Ramlee.

Mengapa P. Ramlee begitu bermakna?

Pada tahun 70an – peti TV adalah barang mewah. Bagi anak setinggan yang tinggal di kampung kilat (kampung yang rumahnya dibangun selepas maghrib dan siap sebelum subuh) tidak ada seorang penduduk pun mampu memiliki peti TV. Filem Melayu disiarkan tiap Khamis 7.00 malam.

Kalau hujung bulan ketika ayah dapat gaji, barulah kami mampu menonton TV. Hari Khamis, kami mandi awal setelah balik sekolah. Ibu akan membawa kami berjalan kira-kira dua kilometer. Ada sebuah rumah orang kaya. Ibu akan membayar lima sen bagi membolehkan kami tiga beradik duduk di laman rumah mengadap peti TV. Ibu akan duduk di belakang dan menonton dari kejauhan.

RTM satu-satu saluran yang ada. Khamis malam Jumaat, tepat pukul 7.00 malam, filem P. Ramlee diputarkan. Puluhan anak-anak miskin duduk bersama kami di depan peti TV dan bersorak riang bila filem bermula.

MyLegendPRamlee #WayangPacakEstet

Pok Pok Pok Bujang Lapok itu antara lagu opening scene paling top. Satu judul trilogi Bujang Lapok. Selain itu, minggu berikutnya diputarkan pula filem Labu Labi, Tiga Abdul, Ali Baba 40 Pencuri, Ahmad Albab atau Sabarudin Tukang Kasut.

Kalau bukan trio Bujang Lapok lakonan P. Ramlee, S. Shamsudin dan Aziz Sattar, kami mungkin bertuah kalau trilogi Do Re Mi disiarkan RTM. Kali ini gandingan P. Ramlee, AR Tompel dan Ibrahim Din.

Atau Labu Labi gandingan P. Ramlee, M Zain dan Udo Omar.

Di sekolah, guru Bahasa Malaysia, Puan Yong berpesan: “Jangan lupa P. Ramlee malam nanti!”

Kenapa Puan Yong berpesan?

Mudah! Ahad sekolah dibuka selepas cuti mingguan Jumaat dan Sabtu. Ada pelajaran Bahasa Malaysia. Tiada buku teks dan tiada catatan di papan hitam. Isnin hari P. Ramlee.

Puan Yong akan menganjurkan Sesi Filem P. Ramlee. Pelajar akan muncul di depan kelas dan melakonkan semula aksi filem yang ditonton. Siapa yang terbaik akan menang hadiah sebungkus nasi lemak.

MyLegendPRamlee #WayangPacakEstet

Ingat. Ini zaman TV. Bukan video atau VCD. Tiada peluang rewind atau foward. Anda kena menghafal dialog sekali lalu ketika menonton tayangan di peti TV.

Begitulah P. Ramlee hidup di kalangan rakyat marhain. P. Ramlee membina lagenda sendiri kerana filem-filemnya mengheret rakyat jelata ke pawagam. Bagi yang miskin, kami menonton secara berbayar di depan peti TV.

Pada tahun 1979, kami meninggalkan kampung kilat. Ayah berpindah ke kuaters kerajaan di pedalaman. Kuaters buruh yang rumahnya hanya satu bilik. TV masih barangan mewah.

Tapi sebulan sekali van Jabatan Penerangan akan muncul. Sebelah petang, van akan berputar keliling kuaters dan estet mengumumkan tayangan percuma. Filemnya masih P. Ramlee. Layar dipasang di tengah padang estet. Lepas Isyak, manusia sarat-barat. Kanak-kanak di depan dan orang dewasa duduk di belakang.

Ratusan warga miskin di pedalaman mengadap gelagat lucu P. Ramlee sambil tangan mengibas nyamuk. Atau tergaru-garu punggung kerana hama dan semut merayap di atas tanah rumput.

MyLegendPRamlee #WayangPacakEstet
Wayang Pacak

Begitulah hebatnya P. Ramlee. Bagi orang kecil seperti kami; mengenang P. Ramlee bukan dengan mendebatkan kehebatan sumbangannya. Atau memperlekehkan riwayat hidupnya.

Bagi manusia marhain – P. Ramlee adalah sebahagian kehidupan. Sebahagian sejarah sosio-ekonomi dekad 70an. Sebahagian teks pendidikan yang memberangsangkan ketika sesi pembelajaran di sekolah.

Kami akan mengenang P. Ramlee dengan idiom tersendiri. Jasa P. Ramlee ialah: Dirinya sebahagian daripada kemiskinan, tetapi filemnya menjanjikan pengajaran.

P. Ramlee adalah sejarah betapa bernilainya lima sen untuk mendapatkan tempat duduk di barisan depan di laman rumah orang kaya. P. Ramlee juga legasi emas pada era kejayaan Wayang Pacak.

Kalau pun ada perdebatan dan pensejarahan untuk didebatkan: Barangkali tentang keinginan membezakan jenaka P. Ramlee dengan stail komedi zaman sekarang.

Kalau program realiti komedi: Kami akan ketawa tanpa ada ruang berfikir. Kalau stand up comedy pula: Kami kena berfikir dan terganggu ruang ketawa.

Rasanya lebih elok tidak dibeza-bezakan.

Kenangan P. Ramlee biarlah seadanya: MyPRamleeTheLegend tiada galang-gantinya! – MYNEWSHUB.CC

Tags: seniman agung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRamleeTheLegend #SenimanMelayuMangsaCina

13/07/2016
0

SAYA baca kenyataan David Teo mengenai P. Ramlee. Kebetulan komen pedih itu tersiar pada hari yang sama Mynewshub menyiarkan artikel PRamleeMyLegend....

‘P.Ramlee Singapura’ Meninggal Dunia Derita Barah

30/08/2015
0

SINGAPURA - Jika di Malaysia, ada Musly Ramlee yang cukup sinonim kerana sering membawa lagu dan gaya lakonan ala Seniman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd