• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyDhalanTheLegend & #KisahSeorangBiduan

oleh Ahmad Albab
10/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

20 TAHUN lalu di hotel sohor Kuala Lumpur, saya sempat duduk semeja dengan bintang pujaan ketika zaman persekolahan Dhalan Zainuddin.

Dhalan hero filem Kisah Seorang Biduan (KSB) yang ditayangkan pada 1979 ketika saya masih bersekolah. Watak Dhalan sebagai Dell, mempengaruhi budak kampung seperti saya untuk percaya: Kalau hendak berjaya pergilah ke Kuala Lumpur membina kerjaya.

KSB dijadikan filem dari judul lagu top nyanyian Dhalan. Tidak ramai yang tahu – Dhalan menyanyikan semula lagu tersebut dari versi asal Trio Bimbo di Indonesia.

Filem KSB arahan M. Amin dan produser Deddy M. Borhan

Dhalan baik hati. Sentiasa tersenyum dan pandai bergaya. Ketika bertemu dan duduk berbual berjam-jam di hotel sohor itu, Dhalan sangat ramah. Mengenakan sut hitam dan kemeja putih serta tali leher. Ketika itu, tahun 1994, Dhalan bekerja sebagai A&R menjaga artis rakaman. Dhalan sudah meninggalkan era top 80an.

MyDhalanTheLegend & #KisahSeorangBiduan
Dhalan Zainuddin

Malam ini ketika mendengar semula lagu-lagu kompilasi terbaik Dhalan – hati terasa sebak. Ini Aidil Fitri ke 71 Dhalan. Namun tahun ini Dell hero saya, terlantar kerana serangan angin ahmar pada 28 jun lalu.

“Zaman abang dulu,” kata Dhalan ketika pertemuan lampau itu: “Penyanyi rakam album untuk cari makan menyanyi di pentas. Kontrak album dibayar lamsum. Album laku atau tidak, mana ada royalti.”

MyDhalanTheLegend & #KisahSeorangBiduan

Dhalan tersenyum. Dia memang kacak kalau tersenyum. Senyuman adalah gambaran hati nurani Dhalan yang mesra pada sesiapa sahaja.

“Kadang-kadang sedih juga,” katanya: “Sebab kita tahu album original dan cetak rompak datang dari sumber yang sama. Tapi siapa peduli. Kita penyanyi masa itu terima saja hakikat. Berdoa supaya lagu-lagu dalam album meletup dan orang jemput kita menyanyi.”

Sebagai peminat Dhalan saya mendengar dan terharu. Tentu banyak terdiam kerana rasa bersalah apabila Dhalan bercakap mengenai cetak rompak. Masa remaja dan ketika masih bersekolah, saya bekerja sampingan menjual album cetak rompak di sekitar pasar malam. Dari pekan Tunjang di Kubang Pasu sampai Pasar Nat di pekan Tikam Batu, Sungai Petani.

MyDhalanTheLegend & #KisahSeorangBiduan
Dhalan Zainuddin

Mengimbas saat perkenalan pertama bersama Dhalan, ketika masih wartawan hingusan, saya selalu teringat peribadinya yang baik. Berjam-jam berbual, itulah kali pertama dan terakhir bertemu Dell – nama pop Dhalan ketika bergelar artis popular.

Sama seperti filem pertama dan terakhirnya, Dhalan dan KSB memberikan impak besar pada budak kampung seperti saya. Selain kenangan menonton kisah pengembaraan Dhalan menunggang motorsikal scrambler meninggalkan kampung halaman menuju Kuala Lumpur – setelah kekasihnya mengahwini lelaki lain – filem KSB turut memberikan aspirasi pada saya meninggalkan kampung halaman dan mencuba nasib di ibu kota.

Sempat bertemu Dhalan sekali seumur hidup, 20 tahun lalu, serta mengingatkan pekertinya yang baik; mata pun berair ketika mendengar semula lagu Sendiri.

Apa lagi lirik: *Biarkan/Di Mana pun Daku Berada/Jangan Datang Atau Kirim Salam Tanda Cinta/Kututup Mata dan Hati Untuk Cinta/Kerana Antara Kau dan Aku/Telah Terlarang Pada Cinta.*

Hati sayu teringat foto dikirim rakan, keadaan Dhalan terlantar di katil. Wajahnya tentulah bukan raut Dhalan 37 tahun lalu yang mengheret saya berjalan kaki berkilometer ke pawagam menonton filem KSB.

Tentu juga bukan Dell yang mengilhamkan saya meninggalkan kampung halaman. Ia juga bukan juga Dhalan yang ramah melayan saya pada pertemuan pertama.

MyDhalanTheLegend & #KisahSeorangBiduan

Saya doakan Allah rahmati Dhalan. Supaya penyanyi kesayangan saya segera sembuh dan sihat sejahtera.

Dalam kemuliaan Syawal tahun ini, saya teringat Syawal 1979 ketika berusia 12 tahun. Memakai baju raya yang seadanya dan berjalan kaki berjam-jam – merentas kampung demi kampung sebelum tiba di pawagam Rex Alor Setar menonton KSB.

Sudah pasti mengenangkan Dhalan akan terasa lebih sayu memikirkan pada 1984 – saya nekad meninggalkan kampung halaman lalu menuju ke ibu kota mencuba nasib. Sama seperti watak Dell dalam filem box office KSB itu.

Suara merdu dengan signature tersendiri akan terus membuatkan saya mengagumi dan merindui Dhalan Zainuddin.

Saya akan terus mengagumi Dhalan. Lagu-lagu Dell tetap merdu dan evergreen. Peminat setia Dhalan tidak akan melupakan Lagu Untukmu, Kemiskinan Menanti di Pintu, Sendiri Lagi, Hilang Gelap Timbul Terang dan Diam-diam Rindu.

Moga Allah segera sembuhkan Dhalan Zainuddin yang baik hati. Siapa yang mengenal Dhalan pasti merindukan senyumannya.

Dell… maafkan saya kerana pernah menjual album cetak rompak anda.

Selamat Hari Raya. Ampun maaf dari saya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: artis veteranpenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kekerapan Kes Tembak Bukan ‘Out Of Random Shooting’

Next Post

Aidil Fitri Kunci Penyatuan Umat Islam – Irmohizam

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

Pegawai Kanan Polis Lindungi Kegiatan Haram, Terima Suapan Sejak 2021

Artis Veteran Pukul Abang Ipar Ditahan

25/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan artis veteran yang didakwa memukul abang iparnya di sebuah flat perumahan yang terletak di Bandar...

Next Post

Aidil Fitri Kunci Penyatuan Umat Islam - Irmohizam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd