• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairul Idham Raih Kemenangan Podium Kedua

oleh Ahmad Albab
18/07/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi sekali lagi mencipta sejarah apabila meraih kemenangan podium pada perlumbaan motosikal Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring, hari ini.

Ini merupakan kemenangan kedua pelumba berusia 17 tahun yang mewakili Honda Team Asia itu selepas kejayaan di GP Argentina pada April lepas.

Beraksi di litar basah akibat hujan sebelum perlumbaan, jelas memberi kelebihan buat Khairul Idham, yang lebih dikenali sebagai Super KIP yang bermula dari petak ke-20, apabila pantas memintas pelumba lain sehingga berada di kedudukan ketujuh sebaik bermula.

Anak kelahiran Kampung Gajah, Perak itu membuktikan beliau memang ‘Raja Litar Basah’ apabila terus memimpin perlumbaan sehingga tamat dengan catatan masa 47 minit 07.763 saat.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi pelumba dari Itali, Andrea Locatelli dari pasukan Leopard Racing dan Enea Bastianini dari pasukan Gresini Racing.

“Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada pasukan saya yang sentiasa berusaha keras untuk saya.

“Ia adalah perlumbaan yang sukar dan banyak yang berlaku sewaktu perlumbaan tadi.

“Mulanya saya terlalu mendesak jentera saya sebelum sedar perlu lebih bertenang dan cuba mengawal keadaan.

“Saya harap keluarga saya, rakan dan peminat akan bergembira dan menikmati kemenangan ini,” katanya.

Kemenangan hari ini membolehkan Khairul Idham kini berada di tempat ke-10 keseluruhan selepas mengumpulkan 54 mata. Pelumba Afrika Selatan Brad Binder dari pasukan Red Bull KTM Ajo masih mendahului dengan 159 mata. – BERNAMA

Tags: Khairul Idham PawiMoto3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KIP Berjaya Jalani Surgeri Jari Di Sepanyol

14/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Penunggang Moto2 kebangsaan, Khairul Idham Pawi berjaya menjalani surgeri tangan kanannya di Hospital Universitari Dexeus di Barcelona,...

Litar Basah Beri Kelebihan – Adam Norrodin

02/11/2018
0

SEPANG - Keadaan litar basah mampu memberikan kelebihan kepada pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin menjelang perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd