• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Tiada Bukti Berdasarkan Laporan FBI Yang Bocor

oleh Ahmad Albab
27/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia tidak mempunyai sebarang bukti berhubung spekulasi mengenai penglibatan juruterbang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dalam cubaan membunuh atau bunuh diri, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ketika diminta mengulas laporan media berdasarkan “data yang bocor” dari Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Liow berkata: “Seperti yang anda semua maklum, semua bukti yang dikumpulkan oleh FBI tidak diserahkan kepada pasukan penyiasat Malaysia. Kami tidak mempunyai semua bukti.”

Beliau berkata siasatan mengenai kehilangan pesawat itu masih berterusan.

“Kami menyerahkan kepada pasukan penyiasat untuk mengenal pasti apa-apa bukti yang mereka ada,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis memeterai janji niaga antara Malaysia Airlines dan Boeing untuk pembelian 50 buah pesawat Boeing 737 MAX di sini hari ini.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari imbasan radar sejurus setelah berlepas dari Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Pesawat Boeing 777-200ER itu belum dijumpai walaupun operasi pencarian besar-besaran dijalankan di selatan Lautan Hindi yang dipercayai tempat bersemadinya pesawat itu selepas melencong dari laluan asalnya.

Tiga negara – Malaysia, China dan Australia – bersetuju untuk menggantung tetapi tidak menamatkan operasi mencari pesawat malang itu selepas misi pencarian di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi selesai.

Majalah antarabangsa, New York dalam artikelnya menarik perhatian kepada laporan FBI yang bocor yang mendakwa Kapten Zaharie Ahmad Shah menggunakan simulator kurang sebulan sebelum kehilangan pesawat untuk latihan penerbangan merentasi selatan Lautan Hindi hyang menyerupai laluan MH370.

Liow merayu kepada mereka yang mempunyai bukti berhubung MH370 supaya menyerahkannya kepada pasukan penyiasat.

“Kami tidak mempunyai bukti, jika anda mempunyai bukti, saya meminta supaya menyerahkannya kepada pasukan penyiasat,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Khairul Hafiz Lebur Rekod 100M Kebangsaan

Next Post

Mohamad Fazrul Azrie Cipta Tiga Rekod Kebangsaan

Related Posts

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

20/12/2024
0

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menerima tawaran daripada syarikat Ocean Infinity (United Kingdom) untuk meneruskan pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai...

Next Post

Mohamad Fazrul Azrie Cipta Tiga Rekod Kebangsaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd