Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

30,000 Calon Rebut Jawatan...

KUALA LUMPUR - Seramai 30,810 calon akan menduduki sesi temuduga bagi mengisi jawatan...

AirAsia X Tempah 34...

SEPANG - AirAsia X meningkatkan tempahannya dengan Airbus dengan menambah 34 pesawat A330...

Kapten Everton ‘Bertinju’

KAPTEN Everton Ashley Williams bernasib baik hanya dilayangkan kad kuning ketika insiden menumbuk...

Ya Ke Tu?? Fazura...

Ketika berlangsungnya program Maharaja Lawak Mega 2014, ramai peminat bukan sahaja teruja menyaksikan...

Daesh: Mesyuarat 2 Hala Dengan Negara ASEAN

PUTRAJAYA – Isu melibatkan kumpulan militan Daesh dan ancamannya akan dibincangkan menerusi beberapa mesyuarat dua hala dengan negara anggota ASEAN, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia mengadakan perbincangan dengan Indonesia, Thailand dan Filipina berkenaan kaedah menangani Daesh di luar hari pertama Persidangan Ketua-ketua Polis ASEAN (Aseanapol) ke-36 semalam.

Bagaimanapun, beliau menekankan ancaman Daesh tidak akan dibincangkan secara terbuka dalam persidangan selama enam hari itu.

“Isu Daesh dan keganasan mesti dibincangkan menerusi mesyuarat dua hala ataupun tiga hala. Kami tidak boleh membincangkannya secara terbuka dengan 10 negara (anggota ASEAN),” beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Persidangan Aseanapol ke-36 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah hotel di sini hari ini.

Khalid juga berkata polis tidak memerlukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana negara ini sudah mempunyai Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.

“Kedua-dua undang-undang ini adalah sangat berkesan untuk mengekang aktiviti keganasan di dalam negara. Kami tidak perlukan ISA, kami ada POCA dan POTA.

Kami selesa dengan undang-undang baharu,” katanya.

Mengulas mengenai peranti letupan diubah suai (IED) seberat satu kilogram yang dirampas baru-baru ini, Khalid berkata kumpulan ini mempelajari kaedah membuatnya menerusi internet.

“Mereka belajar dari internet dan kita tidak boleh tutup internet. Kita ada cara tersendiri untuk tangkap mereka ini, perkara ini tidak boleh didedahkan,” katanya.


Ditanya bilakah Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi (RDC3) akan beroperasi, Khalid berkata ia akan berpangkalan di Putrajaya dan akan beroperasi tidak lama lagi.

Sabtu lepas, seorang penuntut daripada institusi pengajian tinggi swasta adalah antara kalangan 14 individu yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah dari 14 hingga 20 Julai lepas kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas Daesh.

Suspek-suspek terdiri daripada 13 lelaki dan seorang wanita, kesemuanya warga tempatan berusia antara 20 hingga 49 tahun.

Terdahulu di dalam ucapannya, Khalid menekankan ancaman daripada keganasan masih tinggi kerana kumpulan pengganas terus membuat perancangan dan melakukan serangan.

“Kami di Malaysia tidak gentar dalam perjuangan kami menentang segala bentuk keganasan yang mengancam demokrasi dan keselamatan rakyat negara ini. Kami mengalu-alukan penyertaan rakan dan jiran kami dalam usaha menentang keganasan dan untuk menafikan pengganas peluang untuk memaksa kami hidup di dalam ketakutan, kata beliau.

Khalid juga berkata selain daripada keganasan, jenayah ke atas hidupan liar juga akan dibincangkan semasa persidangan enam hari itu kerana jenayah jenis ini turut mengancam kepelbagaian bio di negara ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Daesh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori