• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mendedahkan Ancaman Daesh Bukan Tindakan Promosi

oleh AK-47
09/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Zainal Rashid Ahmad

Sejak bila perlakuan melaporkan berita jenayah dan keganasan dianggap sebagai mempromosi jenayah dan keganasan?

Sejak bila mendiamkan laporan mengenai jenayah diterima sebagai cara berkesan membanteras keganasan?

Apakah ada bukti ilmiah atau kajian kriminologi yang boleh diandaikan sebagai bukti: Bahawa penyiaran berita mengenai kejadian jenayah atau keganasan adalah sejenis promosi yang menggalakkan lagi berlakunya perilaku tersebut?

Tahun 2003, ketika menjadi Penerbit Edisi Siasat – saya pernah disoal-siasat kerana mendedahkan banyak skandal rasuah dan salahlaku dalam penguatkuasaan undang-undang sebagai antara punca jenayah berleluasa.

Kejayaan mendedahkan operasi menyeludup masuk replika senjata api tanpa sebarang sekatan dengan hanya memberikan upah RM50 membuatkan kehidupan harian saya selepas itu diganggu.

Saya tidak dipanggil untuk berkongsi maklumat rakaman kamera sulit yang dijalankan untuk mendedahkan modus operandi penyeludupan replika senjata api dengan modal RM50.

Tetapi sebaliknya dipanggil untuk diberikan amaran!

Budaya menghalang tugas wartawan dengan amaran, wajar berakhir. Keselamatan negara isu bersama. Wartawan tidak mempunyai seragam dan kuasa perundangan – tetapi itu bukan bererti mereka boleh ditakut-takutkan.

Setelah diperlekehkan dalam soal-siasat selama empat jam itu – saya berkata: “Dakwalah kalau saya bersalah. Saya masih ada pilihan menjelaskan mengenai tugas saya di mahkamah kelak!”

Kes soal-siasat akhirnya selesai begitu sahaja. Edisi Siasat terus melaporkan pelbagai skandal jenayah.

Mendedahkan secara berbukti, mengapa undang-undang jadi lemah dan jenayah berleluasa. Undang-undang menjadi lemah kerana rasuah.

Saya prihatin isu Daesh. Saya berkeliling bersama pelbagai kementerian, jabatan malah agensi kerajaan untuk membantu menjelaskan mengenai bahaya ideologi ini.

Malah, menulis barangkali puluhan artikel di pelbagai platform media untuk menyedarkan masyarakat mengenai ancaman ideologi berorientasikan militan ini.

Mendesak atau memberi amaran supaya wartawan dan media massa mengelak daripada melaporkan isu keganasan dan jenayah Daesh bukan jalan keluar untuk mencegah, apatah lagi membanteras bahaya Daesh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Perutusan Hari Raya yang disiarkan, juga menyebut secara terperinci mengenai ancaman Daesh.

Beliau malah menyebut agak detail mengenai siri keganasan Daesh sejak kebelakangan ini.

Apakah Perdana Menteri mempromosi Daesh? Apakah media massa yang menyiarkan perutusan itu dianggap membantu Perdana Menteri mempromosi Daesh?

Kita harus bergerak ke hadapan. Peristiwa disoal siasat selama empat jam kerana  laporan yang didedahkan, tidak membekam di hati.

Malah, sebagai Penerbit Edisi Siasat pada 2001-2005, selain isu penyeludupan senjata api di sempadan, pendedahan mengenai isu rasuah dalam kes pusat judi mesin kuda, serta kecurian pasir di tanah milik kerajaan terus didedahkan.

Sebagai wartawan yang cintakan negara – kita harus melangkah ke hadapan. Saya gembira dan bersemangat dapat bekerjasama dengan Pengarah Bahagian Counter Terorism, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Berkembara ke segenap kementerian dan negeri; menjelaskan mengenai bahaya Daesh. Justeru saya harap, rakan-rakan wartawan juga memilih melangkah ke hadapan.

Kita punya tanggungjawab memerangi ideologi, jenayah dan keganasan Daesh. Kekuatan kita ialah menyebarkan maklumat. Harus diingat, menyebarkan maklumat bukan mempromosi.

Sekiranya Daesh memuat turun video hasutan melakukan jenayah keganasan melalui platform Youtube atau pelbagai saluran maya yang lain, itu bukan kesalahan media massa atau wartawan. Itu realiti lain.

Malah, sekiranya video hasutan jahat itu tersebar, media massa harus melaporkannya untuk membolehkan langkah-langkah keselamatan diambil.

Menyedarkan pihak berkuasa dan masyarakat mengenai ancaman keselamatan terhadap negara bukan mempromosi jenayah dan keganasan.

Laporan tersebut bertujuan menyedarkan semua pihak kerana ini berkait dengan keselamatan rakyat dan negara!

Ayuh kita melihat ke hadapan. Wartawan dan media massa ada peranan!

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd