Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Idris, Nor Azman Sedia...

MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris...

Tiada Lagi Tsunami Cina...

KUANTAN - PIilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) yang bakal ‘menjengah’ tidak lama...

“Saya Langgar Sebab Hendak...

GEORGE TOWN - Keluarga wanita warga emas yang maut dilanggar lari seorang penunggang...

MDEC, Jakim Sedia Rangka...

KUCHING - Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) akan menyediakan rangka kerja...

Malaysia-Thai Bincang Bina Tembok Sempadan Baharu

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Thailand masih berbincang untuk mengenal pasti lokasi sesuai bagi pembinaan tembok sempadan yang baharu, kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata perkara itu kini dibincang di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Malaysia-Thailand.

“Saya akan mengadakan perjumpaan dengan Panglima Angkatan Tentera Thailand Jeneral Worapong Sanganeta di Bangkok bagi membincangkan lokasi pembinaan tembok sempadan baharu antara kedua-dua negara pada pada 28 Julai ini,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri ATM di sini hari ini.

Zulkifeli berkata sebelum ini terdapat dua tembok berasingan dengan kedua-dua negara mempunyai tembok masing-masing, namun perancangan pembinaan tembok yang baharu itu membabitkan satu tembok sahaja dibina secara bersama antara kedua-dua negara.

Beliau berkata kerja penyelenggaraan dan kos pembinaan akan diuruskan secara bersama antara kedua-dua negara bagi mengurangkan kos selain menjadikan tugas rondaan keselamatan lebih terperinci.

“Selain itu, kami juga sedang mengkaji pembinaan tembok yang canggih dilengkapi teknologi masa kini bagi meningkatkan kawalan keselamatan rentas sempadan,” katanya.

Pada 14 Sept tahun lepas, Zulkifeli memaklumkan ATM akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Diraja Thailand dalam membina tembok sempadan yang baharu bagi tujuan menyelaraskan aktiviti rondaan keselamatan antara kedua-dua negara.


Terdahulu, Zulkifeli menyampaikan sumbangan hari raya kepada 41 pesara tentera termasuk mereka yang cedera akibat menentang komunis dan lima anggota tentera yang cedera dan masih berkhidmat.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat hadir ke majlis yang diadakan di Wisma Perwira ATM di sini.

Seri Paduka berdua meluangkan masa kira-kira 90 minit untuk bersantap dan menonton persembahan oleh Badan Kesenian Tentera Darat.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan timbalannya Datuk Seri Mohd Johari Bahrom.

Lebih 3,000 orang terdiri daripada dif kenamaan Kementerian Pertahanan, bekas panglima ATM, panglima perkhidmatan, pegawai dan anggota tentera di sekitar Lembah Klang juga hadir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori