• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Harap Terima Laporan Awal MH17 Akhir Tahun

oleh Ahmad Albab
17/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia berharap akan menerima laporan muktamad mengenai penyelidikan forensik berkaitan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine dua tahun lepas, menjelang akhir tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan siasatan yang dijalankan Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) dianggotai Australia, Brazil, Belgium, Belanda dan Ukraine itu juga akan mengandungi jenis senjata yang digunakan serta maklumat penting lain secara terperinci.

Katanya kerajaan Malaysia juga berharap masyarakat antarabangsa akan terus memberi sokongan mereka dalam memastikan pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu dikenakan tindakan atas perbuatan mereka.

“Dua tahun lepas, 298 nyawa hilang dalam jenayah tidak berperikemanusiaan dan tidak adil yang mengakibatkan Penerbangan MH17 terhempas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini bersempena ulang tahun kedua tragedi MH17, esok.

Pesawat Boeing B777 itu, yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 penumpang dan anak kapal, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Liow berkata, melalui sisatan jenayah yang sedang dilakukan, pasukan JIT terus komited dan berazam untuk memastikan penjenayah yang bertanggungjawab menyebabkan begitu banyak manusia tidak bersalah kehilangan nyawa, akan dikenakan hukuman setimpal.

“Sekali lagi, kami mengulangi seruan kami agar langit di seluruh dunia dipastikan berada dalam keadaan lebih selamat. Kerjasama antarabangsa perlu dipertingkat bagi meningkatkan standard keselamatan penerbangan awam.

“Ini termasuk pelaksanaan pengesanan jejak secara tepat masa global bagi semua pesawat komersial dan menangani risiko yang dihadapi penerbangan awam di zon dilanda konflik,” katanya.

Beliau seterusnya berkata: “Sambil kita memperingati ulang tahun kedua tragedi MH17, doa dan harapan kami sentiasa mengiringi waris mangsa.

“Percayalah, Kerajaan Malaysia tidak akan berputus asa dengan usaha kami untuk memastikan keadilan akan terlaksana.” – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiMH17
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adenan Mahu Sarawak Muncul Juara SUKMA Ke-18

Next Post

Semua Rakyat Malaysia Di Turki Selamat – Wisma Putra

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

Next Post

Semua Rakyat Malaysia Di Turki Selamat - Wisma Putra

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd