• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Kacak Bakal Suami Penyanyi Lufya

oleh AK-47
19/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Lufya atau nama sebenarnya, Lufyah Sheikh Omar dilapor bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor kacak, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Hal ini disahkan sendiri oleh tunang Lufya, Dr. Che Muhammad Hafiz memetik kenyataan yang disiarkan portal Media Hiburan.

“Kami telah berkenalan hampir setahun dan pada awal bulan sebelum puasa kami sudah pun mengikat tali pertunangan dengan dihadiri oleh kedua belah pihak keluarga kami sahaja. Majlis sederhana itu diadakan di kediaman Lufya di Damansara.

“Walau bagaimanapun untuk resepsi persandingan yang bakal diadakan pada hujung tahun ini kami akan menjemput pihak media juga. Pun begitu, tempat dan lokasi resepsi masih lagi dalam perancangan, sampai masanya akan kami umumkan,” ujar tunang penyanyi tersebut.

Lufya merupakan selebriti kelahiran program Akademi Fantasia musim keenam.

Ketika ditanya mengenai ciri-ciri Lufya yang berjaya menambat hatinya Che Muhammad Hafiz berkata, “Lufya merupakan seorang yang jujur dan pegang amanah, bertolak ansur serta ikhlas dalam membuat sesuatu keputusan. Paling menambat hati saya, Lufya seorang yang sangat dekat dengan aktiviti dan pengajian agama Islam. Ada masanya ketika saya hubungi Lufya, dia sedang mengikuti kelas agama.

“Soal kerjaya saya pun Lufya sudah faham. Walaupun sesibuk mana saya akan curi masa untuk menghubunginya,” katanya lagi.

Semoga segala perancangan yang telah diatur Lufya dan tunang berjalan dengan lancar.

Tahniah Lufya, selamat melangkah ke alam perkahwinan! – MYNEWSHUB.CC

Tags: myArtispenyanyiperkahwinanselebriti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sedih Kehilangan Ibu, Warga Emas Meninggal Dunia

Next Post

Kak Mawar ‘Henjut’ Dituduh Pondan, Betul Ke?

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

Next Post

Kak Mawar 'Henjut' Dituduh Pondan, Betul Ke?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd