• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lin Dan Bukan Lagi Penghalang Chong Wei Di Sukan Olimpik

oleh Ahmad Albab
23/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ikon badminton dunia, Lin Dan bukan lagi penghalang utama jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei untuk meraih pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil, bulan depan.

Keyakinan itu diluahkan Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria selepas Chong Wei berjaya mengalahkan musuh tradisinya itu di Terbuka China dan Kejohanan Badminton Asia, masing-masing di China, tahun ini.

Sebaliknya, Mohamad Norza berkata pemain nombor satu dunia itu perlu lebih berhati-hati dengan pemain yang lebih muda seperti Viktor Axelsen dan Jan O Jorgensen, kedua-duanya dari Denmark.

“Bagi saya, Chong Wei lebih perlu tingkatkan kesediaan dari segi mental dan fizikal untuk menentang pemain yang lebih muda. Lin Dan bukan lagi pesaing utama buat Chong Wei.

“Peluang untuk dia raih emas agak tinggi jika dibandingkan dengan Sukan Olimpik Beijing dan London,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Namun di Rio de Janeiro, Lin Dan atau Axelsen mungkin menjadi lawan Chong Wei di separuh akhir seandainya masing-masing menepati status mereka.

Chong Wei, naib juara dalam dua temasya Olimpik yang lalu diletakkan sebagai pilihan utama kali ini, manakala juara dunia dua kali, Chen Long menjadi pilihan kedua diikuti juara Olimpik 2008 dan 2012, Lin Dan sebagai pilihan ketiga.

Axelsen dan Jan Jorgensen masing-masing diletakkan sebagai pilihan keempat dan kelima diikuti pemain Taiwan Tien Chen (6), Tommy Sugiarto dari Indonesia (7) dan pemain Korea Selatan Son Wan Ho (8).

Undian acara badminton Sukan Olimpik Rio akan diadakan Selasa ini.

Mengulas mengenai persediaan Chong Wei, Mohamad Norza berkata dari segi kecergasan dan mental beliau percaya pemain berusia 33 tahun itu telah bersedia sejak kembali beraksi selepas isu doping sewaktu Kejohanan Dunia 2014.

Untuk rekod, Chong Wei mengambil masa setahun untuk kembali ke ranking tertinggi dunia apabila berada di ranking ke-180 ketika penggantungan lapan bulannya tamat pada 1 Mei 2015. – BERNAMA

Tags: Lin Dan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arena Badminton Dunia Terkesan Persaraan Chong Wei

14/06/2019
0

KUALA LUMPUR - "Pergi ke gelanggang bersendirian. Tiada siapa yang mengiringi saya lagi," demikian kata legenda badminton China, Lin Dan...

Lupakan Badminton, Fokus Kesihatan: Lin Dan

24/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Juara dunia lima kali, Lin Dan tidak mahu Datuk Lee Chong Wei terlalu memikirkan karier badmintonnya ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd