• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Bom Muadzam Shah Dipercayai Cubaan Rompak

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Polis tidak menolak kemungkinan letupan di sebuah bank di Muadzam Shah di sini awal pagi ini, merupakan cubaan merompak dengan menggunakan bom buatan sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank itu menunjukkan kehadiran tiga lelaki bertopeng muka dan memakai sarung tangan di premis berkenaan pada 5.35 pagi.

“Mereka dilihat meletakkan bahan letupan di antara mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM).

“Bagaimanapun, mereka tidak berjaya mengambil wang tunai kerana mesin berkenaan tidak terusik dan suspek dipercayai melarikan diri ekoran takut dengan kesan letupan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian di sini, hari ini.

Raja Shahrom berkata pihaknya sedang mengenal pasti bahan letupan itu yang telah menyebabkan hampir keseluruhan dalaman bank musnah, selain terdapat serpihan kaca berselerak sejauh 60 meter.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian petang ini mendapati Unit Pemusanah Bom dari Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kawasan letupan dan kawasan sekitarnya untuk mencari serpihan.

Bank berkenaan dilengkapi dengan kemudahan masing-masing dua unit mesin ATM dan CDM serta sebuah unit mesin deposit cek.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah menegaskan kejadian itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan pengganas. – BERNAMA

Tags: letupan bomrompakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

K’jaan P.Pinang Gagal Kemuka Dokumen Bagi Jambatan Ke-3

Next Post

PAN Sedia Tunggu Kewujudan Pakatan Baharu

Related Posts

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

Kumpulan Bersenjata Di Gaza Rompak Cawangan Bank Of Palestine

Kumpulan Bersenjata Di Gaza Rompak Cawangan Bank Of Palestine

04/05/2024
0

PARIS : Kumpulan bersenjata di Gaza, merompak Bank of Palestine kira-kira 70 juta Shekal (RM89 juta), lapor akhbar harian Perancis...

Next Post

PAN Sedia Tunggu Kewujudan Pakatan Baharu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd