• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan P.Pinang Gagal Kemuka Dokumen Bagi Jambatan Ke-3

oleh Ahmad Albab
26/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pulau Pinang gagal mengemukakan dokumen awal yang diperlukan bagi menyokong permohonan mereka untuk membina jambatan ketiga negeri itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata walaupun diberi empat peringatan dan tarikh akhir untuk mengemukakan permohonan pada Jumaat lepas, kerajaan negeri itu masih gagal mematuhi keperluan ditetapkan itu.

“Saya tidak pasti jika ini adalah amalan biasa di Pulau Pinang tetapi ini bukan amalan di kementerian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadillah berkata kerajaan negeri itu ada menyebut bahawa kajian yang memakan belanja sehingga RM305 juta, telah siap atau 83 peratus siap sejak tiga bulan lepas, bagi menyokong permohonan mereka dan membantu kementerian membincangkan projek itu.

Bagaimanapun, berikutan kegagalan kerajaan negeri mematuhi tarikh akhir itu, Kementerian Kerhja Raya beranggapan permohonan membuat jambatan ketiga itu bukan lagi dianggap mendesak, dan ia kini diklasifikasikan sebagai Simpan Untuk Perhatian (KIV),” katanya.

“Fokus kementerian ini adalah bagi faedah jangka panjang buat rakyat. Tiada pihak berkuasa di dunia yang boleh memberikan kelulusan secara dasar terhadap projek infrastruktur mega yang berharga berbilion-bilion ringit, hanya dengan surat dua halaman yang dihantar kepada kami oleh kerajaan Pulau Pinang,” katanya.

Kementerian juga telah menghantar surat bagi menyatakan keputusan itu kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. – BERNAMA

Tags: Fadillah Yusof
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

17/03/2025
0

KUCHING: Pihak yang tidak terlibat dalam rundingan di antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung pengedaran...

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

12/09/2024
0

KOTA KINABALU : Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan empat perkara dalam rundingan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd