• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Bom Di Muadzam Shah Tiada Kaitan Pengganas

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Ruang yang menempatkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit wang (CDM) sebuah bank di Bandar Muadzam Shah dekat Rompin, rosak dalam kejadian letupan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.45 pagi daripada pihak syarikat keselamatan yang mengawal bank berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kesan letupan di bahagian bilik yang terdapat menyimpan dua mesin pengeluaran wang (ATM), dua mesin deposit wang (CDM) dan satu mesin deposit cek (CQM) itu dipercayai telah meninggalkan kesan serpihan kaca kira-kira 60 meter dari lokasi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Bagaimanapun Muhammad Aidil berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian letupan berkenaan.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan lanjut pihak polis yang berada di lokasi berkenaan juga mendapati terdapat kesan cubaan untuk melarikan mesin ATM itu namun gagal.

Katanya pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang kini sedang giat menjalankan siasatan terperinci di samping mendapatkan bantuan pasukan forensik dari Bukti Aman untuk tindakan lanjut.

“Polis juga sedang mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) daripada bank tersebut,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Aidil menegaskan kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang unsur berkaitan kegiatan kumpulan pengganas dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dengan mengaitkan kejadian itu dengan Daesh. – BERNAMA

Tags: letupan bommesin ATM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Semua bank di Malaysia akan memansuhkan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank menerusi Mesin Juruwang Automatik...

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd