• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Hilang Ketika Memancing, Ditemui Lemas

oleh Ahmad Albab
02/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing semalam, ditemukan mati lemas di pesisiran pantai Rimba Terjun dekat Pontian, pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba Iqbal Raduan berkata mayat Isa Muhammad, 45, dijumpai sekumpulan nelayan pada pukul 9.15 pagi, tidak jauh dari tempat kejadian.

“Berikutan penemuan mayat mangsa itu, sebuah pos kawalan yang dibuka oleh agensi penguatkuasaan semalam untuk mencari dan menyelamatkan mangsa, turut ditutup pada 9.53 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa keluar memancing bersendirian menggunakan bot fiber pada kira-kira 6.20 petang semalam dan dilaporkan terjatuh ke dalam laut kira-kira 500 meter dari jeti Pontian.

Operasi mencari dan menyelamatkan mangsa telah digerakkan membabitkan dua buah bot dan 36 keanggotaan terdiri daripada bomba, polis marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), katanya. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd