• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 25,000 Paket Al Jannah Mahkota Dewa Tiruan Disita

oleh
28/07/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka menyita 25,085 paket kopi herba tiruan jenama ‘Al Jannah Mahkota Dewa’ yang dianggarkan bernilai RM56,418 dalam operasi di tiga premis pada 27 Julai.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Melaka, Hamzah Mahadi berkata rampasan berkenaan dilakukan di sebuah pasaraya di Jasin, pasar mini di Pokok Mangga dan pasar raya di Jalan Kee Ann dalam operasi bermula 11 pagi hingga 3 petang.

“Rampasan berkenaan dilakukan ekoran aduan diterima daripada pemilik Cap Dagangan Al Jannah Mahkota Dewa berhubung aktiviti tiruan produk mereka pada 26 Julai.

“Wakil syarikat tersebut turut serta dalam operasi itu bagi mengenal pasti antara produk asli dan tiruan berdasarkan ciri keselamatan dan kualiti minuman 3 dalam 1 itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya pihaknya akan menghantar sampel serbuk minuman tiruan berkenaan ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti kandungan kopi kerana ia dikhuatiri mendatangkan masalah kesihatan kepada pengguna.

Hamzah berkata berdasarkan pemerhatian awal, serbuk kopi tiruan berkenaan lambat larut berbanding serbuk kopi sebenar yang menggunakan teknologi nano selain warna minuman tersebut lebih gelap dan berbuih.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 yang membawa hukuman denda maksimum RM15,000 bagi setiap unit atau barangan yang diletakkan perihal dagangan palsu dan kesalahan kedua denda tidak melebihi RM30,000 bagi pertubuhan.

Katanya bagi individu pula, denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap unit barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan kesalahan kedua didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kopiKPDNKK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Cikgu Bersara, Murid Wajib Derma RM1.00’

Next Post

Cupcake ‘Jerawat’ Ini Boleh Dipicit Hingga Keluar ‘Nanah’

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Korea Selatan Haram Kopi Di Sekolah

11/09/2018
0

TEGAS... Korea Selatan mengharamkan penjualan kopi di sekolah-sekolah di merata negara itu dalam usaha untuk cegah para pelajar daripada meminum...

Next Post

Cupcake 'Jerawat' Ini Boleh Dipicit Hingga Keluar 'Nanah'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd