• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Suspek Serangan Bom Di Puchong Ditahan

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan beberapa lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden serangan bom tangan di sebuah premis hiburan di Puchong.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata kesemua suspek merupakan tangkapan terbaru selepas tertangkapnya 15 individu lain pada 28 Jun dan 1 Julai lepas.

“Kesemuanya dipercayai terlibat dalam kegiatan Daesh. Bagaimanapun, dua lagi suspek utama yang terlibat dalam kejadian itu masih belum ditangkap dan PDRM masih mengesan mereka,” katanya tanpa mendedahkan bilangan suspek yang ditahan.

Khalid ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Cawangan Khas Bukit Aman di Mes Pegawai Kanan di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Kejadian letupan di premis hiburan di IOI Boulevard, Puchong pada 28 Jun lepas menyebabkan lapan orang cedera, seorang daripadanya parah.

Polis kini memburu dua warga tempatan yang dikenali sebagai Md Saifuddin Muji, 28, dan Jasanizam Rosni, 33, masing-masing dari Johor kerana dipercayai menerima arahan daripada anggota kumpulan pengganas Daesh Malaysia di Syria untuk melakukan serangan terbabit.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai motif kejadian tembak melibatkan seorang ejen hartanah wanita yang maut di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG, 1 Julai lepas, Khalid berkata motif kejadian masih dalam siasatan.

“Saya tidak akan mendedahkan motif kejadian itu, biarlah motif kes berkenaan didedahkan di mahkamah,” katanya.

Dalam kejadian itu, seorang anak mangsa turut cedera selepas kenderaan yang mereka naiki ditembak penyerang. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarserangan bom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

01/10/2022
0

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan meningkat kepada 35 orang....

2 Maut, 38 Cedera Serangan Bom Di Myanmar

02/02/2022
0

YANGON : Dua terkorban, manakala 38 cedera dalam serangan bom tangan pada perhimpunan pro-tentera di timur Myanmar semalam, seorang pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd