Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Video: 17 Jahitan Angkara...

TAK pasal-pasal...sikap tidak bertanggungjawab penghuni pangsapuri yang membuang barang dari tingkat atas telah...

PM Ucap Takziah Keluarga...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan...

Ronaldo Dihadapkan Ke Mahkamah...

MADRID – Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo akan kembali ke Madrid Selasa ini bagi...

Seperti Ditendang Dari Bawah

“SEPANJANG hampir 100 tahun hidup, ini bencana alam terburuk pernah saya alami,” kata...

Kompilasi Iklan, Filem Pendek Terbaik Aidilfitri 2016

BEBERAPA hari sebelum menyambut perayaan Aidilfitri kita telah dihidangkan dengan iklan-iklan berkaitan hari raya yang membawa maksud tersirat untuk menjadi pengajaran kepada semua yang menonton.

Ada juga iklan yang berjaya membuat air mata kita mengalir kerana mesej yang disampaikan begitu hampir dengan kehidupan seharian kita.

Sebenarnya, memang kita akan rasa tidak lengkap berhari raya jika tiada iklan dan filem pendek di hari kemenangan ini.

Setiap tahun memang ramai akan menantikan iklan Aidilfitri yang menyentuh jiwa, yang akan mengingatkan kita dengan memori-memori tertentu.

Kami senaraikan 6 iklan raya dan filem pendek Aldilfitri 2016 yang mesti anda tonton!

1- Samsung Ramadan: SIBERTURAHIM

Iklan ini menceritakan kisah kekeluargaan dan hubungan adik-beradik yang telah renggang dan kembali erat melalui aplikasi whatsapp, oleh si bapa.

2- FABER-CASTELL MALAYSIA

Dah bersedia untuk menerima kunjungan tetamu di rumah anda? Risau jika ada segelintir kanak-kanak yang nakal menyerang rumah anda? Anda boleh ikuti cara yang digunakan dalam iklan ini untuk berdepan dengan mereka di raya nanti.

3- PULANG: Rizalman For Zalora 2016


Filem pendek ini memang wajib ditonton kerana filem pendek ‘Lara’ pada tahun lalu telah berjaya mengalirkan air mata pelbagai lapisan umur.. Jadi semestinya filem pendek tahun ini merupakan yang terbaik dari sebelumnya.

4- MACAM MANA NAK RAYA? – Jakel

Lakonan Jep Sepahtuh, Nabil Ahmad dan Aaron Aziz ini memang sangat mencuit hati dan akan membuat anda ketawa. Kebanyakkan antara anda pasti pernah mengalaminya sebelum ini. Biasalah masalah yang dihadapi di pagi raya…

5- SEMPURNAKAN RAYA ANDA – Fashion Valet

Kakak-kakak dan makc-makcik sentiasa sibuk jika menjelang Aidilfitri. Pergi solat Terawih, buat kuih raya, mengemas rumah dan ramai yang mengadu tak ada masa nak pergi membeli belah. Iklan ini beri idea kepada yang mahu membeli baju raya dengan mudah dan semunya di hujung jari sahaja.

6- Tenaga Nasional Berhad – Lepas Tu

Iklan dari TNB ini mengajar kita untuk meminta maaf dan mengaku segala kesilapan yang telah dilakukan. Apapun, ia juga memberi pengajran supaya kita memaafkan kesalahan orang lain di hari yang mulia, Aidilfitri. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori