• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Takkan Mohon Maaf, Utamakan Keselamatan Rakyat

oleh Ahmad Albab
26/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan memohon maaf kerana meletakkan keselamatan sebagai keutamaan rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata oleh sebab itu kerajaan telah meluluskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA, Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara, Akta Pencegahan Keganasan dan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Beliau berkata undang-undang ini adalah perlu dan telah membantu pihak berkuasa dalam memantau golongan yang bersimpati dengan pangganas dan Daesh di mana negara lain telah mengikuti jejak langkah Malaysia ini.

“Kita telah dikritik kerana meluluskan sesetengah daripada undang-undang ini. Tetapi kerajaan saya tidak sama sekali akan memohon maaf kerana meletakkan keutamaan kepada keselamatan rakyat Malaysia.

“Di wilayah kita, Jakarta diserang pada Januari dan seperti yang berulang kali saya katakan, kita tidak terlepas daripada bahaya ini di Malaysia,” katanya ketika merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Polis ASEAN Ke-36 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar selaku Pengerusi Persidangan ASEANPOl Ke-36.

Menyampaikan penghargaan kepada pasukan polis dan keselamatan, perdana menteri berkata siri insiden terbaharu berkaitan keganasan di seluruh dunia merupakan bukti bahawa ancaman keganasan adalah lebih hebat berbanding sebelum ini.

“Namun malangnya, tiada langkah berjaga-jaga dapat memastikan tindakan keganasan tidak berlaku di bumi Malaysia, dan dalam serangan di kelab Movida di Puchong bulan lalu, Daesh berupaya melakukan khianat pertama mereka di negara kami.

“Walaupun lapan orang tercedera, namun kami bersyukur kerana tiada yang maut,” kata beliau.

Dalam hubungan ini, Najib memberi jaminan kerajaan akan terus mengambil langkah perlu dan pasukan keselamatan telah meningkatkan langkah berjaga-jaga.

“Daesh dengan kekejaman, ideologi putar belitnya tidak mempunyai tempat di negara kami yang aman, pelbagai dan toleransi dan tidak juga di wilayah kita.”

“Jadi tidak seperti sebelum ini, ini masanya bagi kita untuk bersatu dan memainkan peranan lebih hebat bersama komuniti dunia dalam memerangi keganasan global,” tambah Najib.

Perdana menteri berkata Malaysia telah mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Komunikasi Digital Serantau Memerangi Mesej yang akan menyelaras usaha di dalam ASEAN dan di luarnya.

“Ia adalah penting pusat ini mengguna pakai kajian yang menggambarkan kenapa tidak terdapat langsung ‘Keislaman’ mengenai negara yang tanpa segan silu mengisytiharkan dirinya sebagai sedemikian,” katanya.

Najib berkata media digital merupakan medan pertempuran baharu untuk memerangi keganasan melampau dan bagi memastikan mesej yang dikeluarkan pusat tersebut adalah kukuh, memujuk dan benar.

“Media digital adalah barisan hadapan baharu yang banyak daripada pertempuran ini perlu diperangi. Ia paksi kepada usaha kita yang tidak boleh dipandang mudah dan kita mesti merebut peluang untuk meyakinkan dunia bahawa umat Islam tiada mempunyai kaitan dengan ideologi kebencian dan kemusnahan,” kata beliau.

Mengenai persidangan tersebut, perdana menteri berharap ia akan menjadi platform berguna bagi berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam semua aspek keselamatan bersama bagi melindungi 625 juta rakyat ASEAN. – BERNAMA

Tags: keselamatanNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Monspace Sky Hanya Ada ‘Kelulusan Teknikal’ – Liow

Next Post

Video: Perbualan Panas PPIM Dengan ‘Along’ Berlesen

Related Posts

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

16/09/2024
0

ISLAMABAD - Demi menjaga keselamatan anak gadisnya, seorang bapa menggunakan kaedah 'istimewa' yang tular di media sosial. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Taiwan Bincang Dana Ketenteraan Baharu Dengan AS

Mindef Sedia Hantar ATM Ke Timur Tengah Bantu Urus Keselamatan Pelajar Malaysia

21/04/2024
0

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah untuk membantu menguruskan keselamatan para...

Next Post

Video: Perbualan Panas PPIM Dengan 'Along' Berlesen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd