• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Shafie Tinggalkan UMNO Tak Memeranjatkan

oleh Ahmad Albab
04/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata keputusan bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meninggalkan parti berkenaan tidak memeranjatkan kerana ura-ura mengenainya sudah lama tersebar dalam kalangan anggota UMNO.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah berkata hak meninggalkan parti itu adalah hak Mohd Shafie sendiri.

“Tindakan beliau itu sama-sekali tidak menjejaskan kekuatan UMNO Sabah kerana majoriti ahli parti menyokong perjuangan parti, dan bukannya individu.

UMNO Sabah tetap mendokong kepimpinan parti di bawah Presiden dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di peringkat negeri Sabah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Salleh berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Mohd Shafie meninggalkan UMNO hari ini. Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan ketika menghadiri majlis Rakyat Bersama Anggota Parlimen Semporna, di Semporna hari ini.

Menurut Salleh, setiap anggota UMNO perlu akur dan patuh kepada sistem parti dan beliau (Shafie) sudah tidak sehaluan dengan sistem parti, maka adalah wajar dan lebih baik beliau meninggalkan parti.

“Yang penting sekarang adalah solidariti parti. Ahli-ahli perlu terus bersatu menghadapi cabaran lebih besar membawa Malaysia ke ambang negara maju,” katanya. – BERNAMA

Tags: Shafie Apdal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Shafie Apdal Bertindak Nekad Keluar UMNO

Next Post

Arlina Banana Nak Bunuh Diri Akibat Tekanan

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

Next Post

Arlina Banana Nak Bunuh Diri Akibat Tekanan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd